Tak Sampai Hati Tengok Pelajar Pakai Beg Sekolah Koyak, Ustaz Hadiahkan Beg Baru
Bagusnya ustaz ni, prihatin dengan anak murid dia.
Cover image via @shahfts (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang murid lelaki yang dipanggil ustaznya sebelum pulang dari sekolah
Menerusi video yang dimuat naik oleh @shahfts, tujuan utama ustaz itu memanggil anak muridnya ialah kerana dia kesian melihat keadaan beg sekolahnya yang teruk.
Beg sekolah murid berkenaan sudah koyak di bahagian zip belakangnya sehingga tidak boleh ditutup. Beg itu juga berat kerana diisi dengan banyak buku.

Hadiahkan beg sekolah baru untuk gantikan beg yang lama
Oleh kerana ustaz itu tidak sampai hati melihat anak muridnya mengusung beg sekolah yang sudah teruk, dia menghadiahkan beg baharu kepada kanak-kanak lelaki tersebut.
Dia turut memesan kepada muridnya supaya tidak membawa buku terlampau banyak kerana risau bahunya sakit.
Sebelum balik, kanak-kanak lelaki itu menyalam tangan ustaznya dan berterima kasih tanda menghargai pemberian ikhlas itu.
Lihat video penuh di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



