SK Putrajaya Presint 11(1) Cipta Sejarah Terpilih Dalam Senarai 10 Terbaik Sekolah Dunia
Wah terbaiklah!

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 11(1) melakar sejarah apabila tersenarai dalam 10 finalis utama Anugerah Sekolah Terbaik Dunia 2025 bagi kategori Menyokong Kehidupan Sihat
Menurut laporan Utusan Malaysia, pengiktirafan peringkat antarabangsa itu diberikan sempena usaha inovatif sekolah tersebut dalam menangani isu kesihatan mental pelajar melalui penggunaan aplikasi yang dinamakan Helpie.
Apa yang lebih menarik, aplikasi itu dicipta sendiri oleh pelajar bagi menyokong kesejahteraan emosi rakan sebaya mereka.
Helpie dapat memudahkan akses kepada sokongan kesihatan mental dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang positif dan menyeluruh.

Guru Besar SK Putrajaya Presint 11(1) luah rasa gembira apabila sekolah diumum menjadi 10 finalis utama
"Sesuatu yang bukan mudah untuk dicapai kerana ia memerlukan usaha berterusan, kerjasama, dan kepercayaan atas setiap apa yang dilaksanakan oleh guru-guru dan murid-murid di sekolah setiap hari.
"Kami masuk penyertaan dalam kategori kategori Menyokong Kehidupan Sihat. Kami menyediakan projek pembelajaran berkaitan kesihatan mental. Projek ini telah berjaya di peringkat Malaysia dan Asia Tenggara," katanya.
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



