“Terharu Tengok Semangat Dia” – Rider OKU Cekal Cari Rezeki Terima Hadiah Cermin Mata Baharu

Abang ni memang contoh yang terbaik.

Enlarge text
Cover Image
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang, ramai yang terpaksa keluar bekerja demi menyara hidup

Namun, di sebalik kesibukan kota, kisah kecil tentang seorang rider Orang Kurang Upaya (OKU) ini berjaya menyentuh hati netizen.

Baru-baru ini, tular di TikTok selepas seorang wanita berkongsi kegigihan seorang rider OKU ketika bekerja.

SAYS.com
Image via @ombaklindu (TikTok)

Tersentuh lihat rider cekal bekerja walaupun diuji kekurangan

Menerusi video di akaun TikTok @ombaklindu, seorang wanita berkongsi pengalamannya bertemu dengan seorang penghantar makanan yang juga merupakan OKU.

Apa yang buat beliau tersentuh rider itu tetap menjalankan tugas seperti biasa walaupun jelas kelihatan kekurangan dari segi fizikal.

Wanita berkenaan kemudian membuat keputusan untuk memberi hadiah cermin mata buat rider tersebut dengan rasa ikhlas.

"Tak tahu kenapa bila pandang muka abang panda ni rasa sayu hati ni walau pon dia tunjuk kan yang dia happy depan kita. Kita belanja abang cermin mata biar mata abang tak silau-silau lagi. Abang Panda kuat kan aku dan ajar aku lebih tentang erti bersyukur," luahnya.

Lihat video itu di bawah:

@ombaklindu

Tak tahu knp bila pandang muka abg panda ni rasa sayu hati ni🥺 walau pon dia tunjuk kan yg dia happy dpn kita🥺 kita belanja abg cermin mata biar mata abg tk silau2 lagi.. Abg Panda Kuat Kan aku dan ajar aku lebih tentang erti bersyukur 🥺🥺🥺#Foodpanda #ABGPANDA #Fyp #calisto#myangkasaoptikal

♬ bunyi asal – takdir & waktu – takdir & waktu
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: