Kreatif & Idea Luar Biasa! Sekolah Hias Tandas Ikut Tema Rumah Sukan Dapat Pujian Ramai
Rare betul ni.
Cover image via @noorwatiyusuf (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Hari sukan sekolah selalunya antara acara paling meriah dan dinanti-nantikan pelajar sepanjang tahun
Bukan sekadar tentang menang atau kalah, tapi inilah masanya semua rumah sukan tunjuk semangat, kreativiti dan kerjasama dari perbarisan sampai ke acara padang.
Lebih seronok bila cikgu pun turut serta, siap ada sorakan, kostum tema dan aktiviti luar kotak yang buat semua orang rasa teruja!
Namun, berbeza dengan sebuah sekolah yang membuat pertandingan tandas mengikut tema serta warna rumah sukan masing-masing menjadi tular.
Image via @noorwatiyusuf (TikTok)
Tandas dihiasi mengikut warna tema rumah sukan
Menerusi video yang dikongsi oleh Norwati Yusuf di TikTok, kelihatan setiap tandas dihias dan dicat mengikut tema serta warna rasmi rumah sukan masing-masing lengkap dengan dekorasi yang kreatif dan mencuit hati.
Dekorasi kreatif itu bukan sahaja mencuri tumpuan, tapi juga menunjukkan betapa pelajar dan guru sama-sama komited dalam menjayakan pertandingan unik ini.
Rata-rata netizen memuji inisiatif sekolah itu yang bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga membina semangat berpasukan dengan cara yang berbeza.
Lihat video di bawah:
Bila semangat rumah sukan disalurkan ke tempat paling tak dijangka, inilah hasilnya!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


