Sarawak Bakal Laksana Skim Pendidikan Percuma Tahun Depan, Ini Senarai Tiga Universiti Yang Terlibat

Inisiatif ini membawa matlamat memperluas akses kepada pendidikan tinggi berkualiti untuk warga Sarawak yang layak.

Cover ImageCover image via @suarasarawak (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Inisiatif Kerajaan Sarawak menerusi program Skim Pendidikan Tinggi Percuma (FTES) memberi peluang kepada warganya mendapatkan pendidikan percuma di tiga universiti milik negeri itu

Menerusi video perkongsian @SuaraSarawak di TikTok, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapaee berkata inisiatif itu melibatkan Swinburne University of Technology Sarawak Campus, University of Technology Sarawak dan Curtin University Malaysia.

"Daripada jumlah kursus daripada ketiga-tiga universiti itu, 82% kursus yang ditawarkan universiti tersebut adalah percuma pada tahun hadapan," katanya.

SAYS.com

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapaee.

Image via TikTok

Hampir semua kursus yang ditawarkan adalah percuma

Menurut Datuk Dr Annuar, Swinburne University of Technology Sarawak Campus menawarkan 22 kursus percuma daripada 25 jumlah keseluruhan kursus ditawarkan.

University of Technology Sarawak pula menawarkan 15 kursus percuma daripada 18 kursus manakala Curtin University Malaysia bakal menawarkan 21 kursus percuma daripada 28 kursus yang disediakan.

Terdapat juga kursus-kursus universiti yang tersenarai di bawah skim pendidikan percuma akan disemak dari semasa ke semasa oleh panel bebas yang terdiri daripada pakar dari UiTM dan UPM Cawangan Sarawak.

Perkara ini bertujuan bagi memastikan kursus-kursus tersebut memberi manfaat kepada tenaga kerja Sarawak.

Lihat video tersebut di bawah:

@suarasarawak

Swinburne, UTS, CURTIN bakal tawar kursus percuma tahun hadapan #Suarasarawak #fyppp

♬ original sound – SuaraSarawak – SuaraSarawak

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: