Baucar Buku Guru MADANI RM100 Kini Boleh Ditebus Mulai Sekarang Hingga 30 September
Cikgu-cikgu jangan lupa tebus!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan bahawa semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) boleh menebus Baucar Buku Guru MADANI bernilai RM100 mulai sekarang
Menerusi laporan Buletin TV3, penebusan Baucar Buku Guru MADANI ini boleh ditebus bermula sekarang hingga 30 September ini.
Inisiatif ini telah diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Majlis Perasmian Penutup Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan dalam majlis penutup PBAKL 2025.
Image via BernamaImage viaMembawa matlamat pembelajaran sepanjang hayat untuk warga pendidik
Menurut KPM, baucar ini boleh ditebus melalui laman utama DELIMa di https://d2.delima.edu.my/login dengan memilih pautan "Tebus Baucar Buku Guru MADANI 2025".
Selari dengan aspirasi Malaysia MADANI, KPM memaklumkan pemberian baucar ini membawa matlamat menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat di samping membudayakan amalan membaca dalam kalangan warga pendidik.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 