16 Penumpang Bas Kena Saman RM300 Seorang Sebab Tak Pakai Tali Pinggang Keledar

Difahamkan, dua kesalahan membabitkan individu bawah usia 18 tahun hanya diberikan nasihat dan peringatan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Utusan & NSTP/Zuliaty Zulkiffli
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dalam sebuah operasi khasnya semalam, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah telah mengesan 18 kes penumpang bas ekspres dan bas persiaran tidak memakai tali pinggang keledar

Menerusi laporan Harian Metro, Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Lutam berkata pihaknya telah melakukan pemeriksaan membabitkan 18 bas iaitu 14 daripadanya bas ekspres, manakala empat lagi bas persiaran.

Dalam operasi itu, seramai16 penumpang telah dikenakan kompaun setiap seorang RM300 manakala dua lagi penumpang bawah usia 18 tahun hanya diberikan peringatan.

"Bermula hari ini (semalam), JPJ Kedah melaksanakan penguatkuasaan penuh terhadap pemakaian tali pinggang keledar bagi pemandu dan semua penumpang bas ekspres dan bas persiaran.

"Ia selaras dengan peruntukan di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Tali Pinggang Keledar dan Sistem Kekangan Kanak-kanak) 1978 Pindaan (2008)," katanya.

SAYS.com

Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Lutam memeriksa tali pinggang dalam sebuah bas ekspres yang diperiksa dalam operasi khas semalam.

Image via NSTP / Zuliaty ZulkiffliImage via

Menurutnya, penguatkuasaan ini dilakukan bagi mengurangkan risiko kecederaan dan kematian dalam kemalangan membabitkan bas.

Beberapa penumpang mendakwa tidak tahu peraturan wajib perlu memakai tali pinggang keledar

Tambah Stien, ada dalam kalangan penumpang memberi alasan tidak selesa memakai tali pinggang keledar selain mendakwa mereka tidak tahu wajib memakainya.

Hasil pemeriksaan dalam bas ketika operasi itu juga mendapati terdapat tali pinggang keledar dalam keadaan yang tidak bagus.

"Kita juga akan melakukan penyamaran di dalam bas yang membabitkan perjalanan jarak jauh untuk memastikan semua penumpang mematuhi peraturan ditetapkan.

"Jika ada penumpang yang didapati tidak memakai dan ada bukti rakaman digital, kita akan keluarkan kompaun terhadap penumpang terbabit.

"Pemandu bas pula janganlah hanya nasihat tetapi tidak pakai tali pinggang, mereka juga akan dikenakan tindakan kompaun," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: