Lelaki Kena Penjara 17 Tahun Sebab Curi Bola Ada Tandatangan Neymar

Difahamkan, nola tersebut telah dicuri dari bangunan Kongres semasa rusuhan pada tahun 2023 oleh penyokong bekas presiden Brazil, Jair Bolsonaro.

Enlarge text
Cover ImageCover image via globo.com & Correio do Brasil
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang lelaki dikenakan hukuman penjara 17 tahun atas tuduhan mencuri bola mempunyai tandatangan bintang bola sepak Brazil, Neymar dan beberapa pertuduhan lain

Menerusi laporan Harian Metro, Mahkamah Tinggi Brazil telah menjatuhkan hukuman terhadap Nelson Ribeiro Fonseca Junior, 34, atas kesalahan mencuri bola berkenaan.

Tertuduh turut disabitkan kesalahan menggugat sistem demokrasi secara ganas, penyertaan dalam kumpulan jenayah bersenjata dan cubaan melakukan rampasan kuasa susulan pembabitannya dalam rusuhan besar-besaran di Brasília, Brazil.

Lebih 500 individu telah disabitkan bersalah dalam insiden pada 8 Januari 2023, semasa ribuan penyokong Bolsonaro menyerbu bangunan Kongres, Mahkamah Tinggi dan istana presiden sebagai protes terhadap kekalahannya kepada Presiden berhaluan kiri, Luiz Inacio Lula da Silva.

Bola tersebut merupakan hadiah daripada kelab zaman kanak-kanak Neymar, Santos, kepada Dewan Perwakilan pada tahun 2012.

SAYS.com
Image via globo.comImage via

Mendakwa jumpa dan mengambil bola tersebut untuk melindungi 'harta' itu

Peguam Ribeiro mendakwa anak guamnya menjumpai bola itu di lantai bangunan Kongres ketika kekecohan berlaku dan tertuduh mengambilnya untuk 'melindungi' bola itu sebelum menyerahkannya kepada pihak polis 20 hari kemudian.

Namun, Hakim Mahkamah Tinggi, Alexandre de Moraes menyatakan Ribeiro telah 'secara aktif terbabit' dalam serbuan dan kerosakan ke atas institusi-institusi penting negara seperti Kongres, Mahkamah Tinggi dan istana presiden.

Moraes turut menyifatkan bola berkenaan yang dipamerkan di salah satu koridor bangunan Kongres merupakan 'harta awam milik warisan rakyat Brazil'.

Rusuhan itu berlaku seminggu selepas Lula mengangkat sumpah sebagai Presiden Brazil, selepas menewaskan Bolsonaro secara tipis dalam pilihan raya Oktober 2022.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: