Minum Air Secara Berlebihan Boleh Bebankan Fungsi Buah Pinggang
Semua benda perlu diambil berpada-pada, walaupun air kosong.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Minum air secara berlebihan boleh membawa risiko kepada hidrasi berlebihan iaitu satu keadaan yang boleh menjadi serius
Menerusi laporan Berita Harian, saintis pemakanan di Abbott yang pakar dalam bidang hidrasi, Jennifer Williams berkata bagi mengelakkan keracunan air (ketoksikan air), penting untuk minum apabila berasa dahaga dan peka terhadap isyarat yang diberikan oleh tubuh agar kekal terhidrat tanpa mengambil air secara berlebihan.
"Secara umumnya, tubuh manusia berfungsi dengan baik apabila berada dalam keadaan seimbang, dan ini turut merangkumi pengambilan air," katanya.
Secara umum jika seseorang itu minum apabila berasa dahaga dan warna air kencing kekuningan cerah, ia adalah tanda badan sudah mendapat jumlah cecair yang mencukupi.
Saranan umum iaitu minum lapan gelas air sehari juga boleh diikuti dan laraskan jumlah itu mengikut keadaan seperti persekitaran, aktiviti fizikal, tahap kesihatan, serta keadaan khas seperti kehamilan atau penyusuan.
Saranan merangkumi keseluruhan pengambilan air dan bukan hanya untuk air kosong sahaja. Jika seseorang itu minum air kosong dengan jumlah yang disarankan bersama minuman lain, sudah tentu kuantiti akan menjadi berlebihan, dan ia sangatlah tidak disarankan.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Sirap LimauPengambilan air yang terlalu banyak boleh menyebabkan hyponatremia
Menurut laman web University Hospitals, pengambilan air dalam jumlah yang terlalu banyak boleh membebankan fungsi buah pinggang dan mengurangkan kepekatan natrium dalam darah.
"Keadaan ini dikenali sebagai keracunan air atau hyponatremia. Apabila ini berlaku, air akan memasuki sel-sel badan, termasuk sel otak dan menyebabkan pembengkakan," katanya.
Hyponatremia boleh menghadirkan pelbagai simptom antaranya sakit kepala, loya, muntah, keletihan, keliru, kekejangan dan kelemahan otot.
Ia juga boleh menyebabkan situasi yang lebih serius seperti sawan, kehilangan kesedaran, atau kematian walaupun keadaan ini jarang berlaku.
Walau bagaimanapun, diagnosis untuk penyakit ini memerlukan penilaian yang teliti sebelum seseorang pesakit itu disahkan menghidapnya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 