3 Lebuh Raya, 15 Jalan Utama Akan Ditutup Dari 8 Hingga 11 Julai – PDRM

Pengguna jalan raya digalakkan menggunakan pengangkutan awam sebagai tanda sokongan kepada acara tersebut.

Enlarge text
Cover ImageCover image via BERNAMA & Motomalaya
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tiga lebuh raya dan 15 jalan utama di sekitar Lembah Klang akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN ke-58 (AMM ke-58) pada 8 hingga 11 Julai ini

Menurut laporan Kosmo!, aktiviti raptai (dry-run) pergerakan motoked akan diadakan pada 4 hingga 6 Julai. Perkara itu dimaklumkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Yusri Hassan Basri.

"Ia melibatkan laluan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke hotel penginapan di Kuala Lumpur dan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

"Raptai ini melibatkan kekuatan seramai 392 petugas trafik terdiri daripada pegawai kanan dan anggota,"
katanya.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Motomalaya

Difahamkan, lencongan bermula pada 7 Julai pukul 7 pagi 

Ia melibatkan Lebuh KLIA, Lebuh Raya Elite, Lebuh Raya MEX, Lebuh Raya Kuala Lumpur – Seremban, Lingkaran Putrajaya, Jalan Istana, Jalan Damansara, Jalan Tun Abdul Razak, Jalan Ampang, Jalan Sultan Ismail, Jalan Bukit Bintang dan Imbi.

Manakala lencongan pada 8 Julai pula bermula jam 10 pagi membabitkan persimpangan Jalan Ampang/ Jalan P. Ramlee, Jalan Sultan Ismail/ Jalan P.Ramlee, Jalan Perak/ Jalan P. Ramlee, Jalan Perak/ Jalang Pinang, Jalan Stonor/ Jalan Kia Peng serta Jalan Stonor/ Persiaran KLCC.

Penutupan laluan sama akan dilaksanakan pada 9 Julai bagi dua waktu berbeza pada pukul 7 pagi (hotel ke KLCC) dan 4 petang (KLCC ke hotel).

Pada 10 Julai pula, lencongan membabitkan laluan sama bermula pukul 7 pagi (hotel ke KLCC) dan 5 petang (KLCC ke hotel) serta 7 malam (hotel ke KLCC) dan 10 malam (KLCC ke hotel).

Pada 11 Julai, lencongan di enam laluan dan persimpangan itu dijalankan pada pukul 7 pagi bagi perjalanan dari hotel ke KLCC.

SAYS.com
Image via Kosmo!

Justeru, pengguna jalan disarankan merancang perjalanan lebih awal dan digalakkan menggunakan pengangkutan awam sebagai tanda sokongan kepada acara tersebut

Menurut beliau lagi, kenderaan perdagangan disaran tidak memasuki pusat bandar sepanjang tempoh lencongan terutama waktu puncak bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: