[VIDEO] Gara-Gara Potong Barisan, Dua Lelaki Sampai 'Bertumbuk' Depan Kaunter
Sebenarnya boleh je settle kan baik-baik.
Cover image via Esther Jong (Facebook)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Dek kerana salah faham yang berlaku, dua lelaki bergaduh di hadapan kaunter sebuah pasar raya semasa beratur untuk menebus baucar keahlian
Rakaman tersebut menunjukkan kedua-duanya terlibat dalam pertengkaran mulut sebelum bertukar menjadi aksi tumbuk-menumbuk.
Ia sekali gus telah mencetuskan suasana kecoh yang turut disaksikan pelanggan lain di lokasi kejadian.

Bergaduh selepas dituduh memotong barisan
Menerusi perkongsian di Facebook Esther Jong, video itu menjadi tular apabila memaparkan dua individu bergelut di depan kaunter pembayaran, dengan insiden tersebut disaksikan oleh beberapa pelanggan lain yang berada di lokasi kejadian.
Pertelingkahan dipercayai tercetus apabila lelaki berbaju hitam menuduh seorang lagi lelaki, yang berbaju merah jambu, telah memotong barisan selepas dia kembali ke tempat asalnya selepas berbincang seketika dengan kakitangan pasar raya tersebut.
"Pak cik baju pink asalnya berdiri di belakang seorang pelanggan lain, tetapi dia keluar sekejap dari barisan untuk tanya sesuatu kepada pekerja.
"Apabila pak cik baju pink kembali, dia berbaris di depan pak cik baju hitam. Maka, pak cik baju hitam pun menuduhnya memotong barisan dan menegurnya untuk berbaris di belakang. Lalu, terjadinya pergaduhan," tulisnya.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bagaimana insiden itu berakhir.
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


