Guru Sering Diganggu Pihak Sekolah, PPD Di Luar Waktu Bertugas – NUTP

Isu ini dikatakan masih membelenggu golongan terbabit dengan penyelesaian masalah berkenaan belum dapat dirasai warga pendidik.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Majoriti & Glam
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mahu Kementerian Pendidikan (KPM) sediakan garis panduan khusus susulan isu guru diganggu pihak sekolah di luar waktu bertugas

Menerusi laporan Harian Metro, antara gangguan yang diterima adalah arahan yang diterima menerusi aplikasi media sosial seperti WhatsApp, termasuk panggilan menghadiri mesyuarat secara dalam talian, di luar waktu bertugas tanpa keperluan mendesak.

Presidennya, Aminuddin Awang berkata pihaknya mendapati gangguan terhadap guru terutamanya daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang memerlukan guru bertindak menyelesaikan sesuatu arahan dengan segera di luar masa bekerja masih berlaku dan dikhuatiri boleh menjejaskan kehidupan peribadi golongan pendidik.

"Kita harap garis panduan ini dapat dilaksanakan serta dipercepatkan kerana kita dapati, guru boleh diganggu sewenang-wenangnya selepas waktu bekerja mereka oleh pihak sekolah, oleh PPD, dan ini mengganggu sistem kehidupan guru itu sendiri.

"Apa yang berlaku sekarang, guru diarahkan membuat pelbagai tugasan yang turut dikatakan arahan daripada 'orang atas' selain contohnya, isi dan lengkapkan data-data tertentu sedangkan kita tahu bahawa perkara itu bukanlah sesuatu yang mendesak, waktu pejabat esok pun boleh beritahu.

"Kita kena faham, guru juga ada keluarga dan perlu menguruskan kehidupan mereka. Kita harap perkara ini dapat diberikan perhatian serius oleh kerajaan," katanya.

SAYS.com

Aminuddin Awang ditemui media pada program Kajian Pertengahan Penggal NUTP Bagi Sesi 2023-2026.

Image via Mikail OngImage via

Jawatankuasa khas perlu ditubuhkan bagi menangani masalah beban tugas guru yang ada

Aminuddin berkata, permintaan itu sejajar usaha kerajaan yang sebelum ini menyatakan komitmen untuk mengurangkan beban tugas guru namun realitinya isu beban tugas guru masih membelenggu golongan terbabit dengan penyelesaian masalah itu belum dapat dirasai warga pendidik.

Berikutan itu, NUTP turut mendesak KPM menubuhkan jawatankuasa khas secara rasmi bagi menangani masalah beban tugas guru yang ada ketikanya turut disebabkan oleh penggunaan sistem yang tidak mesra pengguna.

"Ada kalanya guru perlu bangun malam. Contohnya, ada guru perlu isi data pada Isnin, tetapi ada negeri tertentu perlu isi data itu pada Rabu.

"Jadi, sistem itu tidak mesra pengguna. Sebab itu kita mahu jawatankuasa khas dibentuk supaya ia dapat diteliti.

"Kita mahu penyelesaian terhadap isu beban tugas guru ini dapat dibuat walaupun isu ini sudah lama menjadi perbincangan. Masalah beban tugas guru masih tidak nampak sudah selesai dan dikurangkan," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: