Bell Ngasri Dapat Request Autograf Dari Peminat New Zealand – “Lagi Popular Dari Fattah Amin”
Memang kenalah title Bintang Paling Popular tu!
Cover image via @syzwnismadi (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Disangka dapat saman, rupa-rupanya hanyalah peminat yang mahu mendapatkan autograf
Itulah yang dihadapi Bell Ngasri apabila dia menyangka mendapat saman dari seorang warden dipercayai wanita dari Malaysia yang dilihat mengejarnya rupa-rupanya hanya mahu mendapatkan autograf dari pelakon itu.
Menerusi video perkongsian @syzwnismadi di TikTok, Bell Ngasri juga dilihat sempat diusik oleh Fattah Amin yang turut berada berdekatan ketika situasi itu terjadi.
"Ini bukan saman, iya? Saya takut kena saman," kata Bell kepada wanita terbabit.

Segan dibandingkan dengan Fattah
Selepas video tersebar, segelintir netizen mula membandingkan populariti antara Bell dan Fattah.
Menerusi laporan Harian Metro, Bell tidak menganggap dirinya lebih hebat daripada Fattah.
"Saya tidak rasa hebat atau bangga apabila dikenali di negara orang. Namun, saya hargai wanita itu yang meminati saya.
"Saya tak sangka masih ada yang sayang. Cuma, janganlah bandingkan saya dengan Fattah, jadi segan pula," katanya.
Lihat video tersebut di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



