Orang Thailand Akui Lagi Takut Dengan Ilmu Hitam Masyarakat Melayu

Tak sangka ya.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Kosmo & The Straits Times
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ilmu hitam masyarakat Melayu didedahkan turut ditakuti oleh masyarakat di Thailand

Menerusi sebuah perkongsian seorang pengguna X, @Cemintprincess mendedahkan perkara itu memberitahu ilmu hitam masyarakat Melayu adalah antara yang terkuat di rantau Asia Tenggara.

"Orang Thai juga takut dengan ilmu hitam Melayu. Tahun lepas, ada perbualan di Twitter tentang ilmu hitam di rantau Asia Tenggara.

"Ramai orang mengatakan bahawa ilmu hitam Melayu dan Kemboja mempunyai kesan serangan paling kuat," tulisnya.

Dalam hantaran yang sama, dia berkongsi Thailand pernah memilik 'Kementerian Perubatan (Sihir)' di dalam organisasi kerajaannya yang bertanggungjawab menguruskan hal ilmu hitam tetapi telah dimansuhkan sekitar tahun 1890.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Al-IsyraqImage via

Ramai berpendapat ilmu hitam dari Thailand adalah yang paling menakutkan

Menurutnya, dia diberitahu ilmu hitam dari Thailand adalah yang paling menakutkan tetapi dia tidak terlalu merasakannya akibat berita tentang amalan ini sering disiarkan di kaca televisyen di sana.

"Tapi dari apa yang saya dengar daripada ramai kawan-kawan luar (termasuk yang dari Asia Tenggara), semua setuju yang ilmu hitam Thai paling menakutkan.

"Jadi, saya rasa kami ni dah terbiasa je, macam selalu je keluar berita pasal ilmu hitam kat TV. Kita pun macam, 'baik bawak balik balik kementerian tu!'," katanya.

Membalas perkongsian itu, seorang pengguna X dari Malaysia, @IzzraifHarz tidak menyangka orang Thailand takut akan ilmu hitam dari Malaysia.

"Menariknya, kebanyakan orang Melayu sebenarnya anggap ilmu hitam Thai yang paling menakutkan, tak sangka pulak korang takut dengan ilmu hitam kami hahaha," kongsinya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: