Lee Tuck Bawa Nama Malaysia Juarai HYROX Open Asian Championship 2025
Kejohanan HYROX merupakan sebuah pertandingan yang menggabungkan acara larian bersama beberapa siri 'funtional workouts'.
Cover image via @lee_tuck (Instagram)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bekas pemain naturalisasi skuad bola sepak kebangsaan, Lee Tuck berjaya memenangi kejohanan HYROX Open Asia Championships baru-baru ini di Singapura
Lebih manis, atlet berusia 37 tahun itu turut membawa nama Malaysia dengan mewakili negara dalam pertandingan tersebut.
"Perasaan yang begitu hebat apabila pengorbanan membuahkan hasil dan matlamat yang telah anda lakukan untuk mencapai akhirnya tercapai.
"Emas berturut-turut di Kejohanan Asia HYROX! Perlumbaan yang berbeza. Negara yang berbeza. Cabaran yang berbeza. Pemikiran yang sama, muncul, bersaing dan berikan segalanya.
"Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua orang yang menyokong saya, rakan, keluarga, penaja dan semua orang yang membantu menjayakan perkara ini," tulis Lee Tuck di Instagram.
Hadiah hari lahir yang paling bermakna
Apa yang lebih bermakna baginya adalah kejayaannya itu turut hadir selari dengan hari lahirnya iaitu pada 30 Jun.
Menerusi perkongsiannya di Instagram, Lee Tuck berkongsi ia merupakan sebuah hari lahir yang yang akan diingatinya.
Pada 2022, Lee Tuck telah memperoleh kewarganegaraan Malaysia di usia 34 tahun selepas lama berkelana dalam kancah liga Malaysia.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



