RM1,400 Lesap Cari Rumah Sewa Untuk Adik, Lelaki Sangka Berurusan Dengan Owner Rupa-Rupanya Scammer

Difahamkan, individu terbabit turut didakwa menjalankan kegiatan itu kepada orang lain.

Cover ImageCover image via @fazeeeeeem (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang lelaki berkongsi bagaimana dia kehilangan sehingga RM1,400 ketika cuba mendapatkan rumah sewa untuk adiknya

Menerusi perkongsian @fazeeeeeem di X, lelaki itu mendedahkan bagaimana seorang individu yang didakwa pemilik sebuah kediaman telah menipunya di mana dia telah membayar wang pendahuluan berjumlah RM1,400 untuk booking.

"Saya telah ditipu sebanyak RM1,400 semasa cuba menyewa rumah di KL untuk adik saya & kawan-kawannya.

"Kontrak dorm mereka tamat tidak lama lagi jadi saya ingin membantu mereka cari tempat untuk menetap.

"Jumpa unit yang bagus untuk disewa dekat Mudah.my, nampak bersih, harga okay, kawasan bagus, jadi saya hubungi lelaki itu pada 16 Jun 2025.

"Kami mengatur untuk melihat rumah itu pada 18 Jun, 8 malam di Parc 3, Cheras, saya pergi bersama adik saya & kawan-kawannya," tulisnya di X.

SAYS.com
Image via X

Betul-betul nampak seperti pemilik yang legit dan bukan scammer

Itu yang boleh dilihat apabila individu terbabit turut menyediakan bukti perjanjian sewa untuk penyewa sebelum dengan salinan kad pengenalan (MyKad).

"Dia bercakap dengan yakin, berlagak seperti dia benar-benar memiliki tempat itu.

"Malah memberikan saya MyKadnya dan menunjukkan perjanjian penyewaan sebelum ini untuk meyakinkan kami. Cara dia memang nampak macam betul.

"Pada 19 Jun, saya telah memindahkan RM1,400 untuk tempahan, dia mengesahkan pembayaran. Kemudian pada 21 Jun, dia menghantar perjanjian penyewaan, saya menandatangani & mengembalikannya kepadanya pada 23 Jun.

"Dia berkata dia akan beri kunci pada 26 atau 27 Jun tetapi pada 24 Jun, dia tiba-tiba meminta saya membayar RM2,200 lagi, dan berkata jumlah RM1,400 itu boleh dibayar pada bila-bila masa pada bulan Julai.

"Saya memberitahunya saya hanya akan membayar selepas saya mendapat kunci. dia cakap okay," tambahnya.

SAYS.com
Image via X

Tak dapat dihubungi ketika lelaki terbabit cuba menghantar mesej pada 28 Jun

Ketika lelaki itu cuba menghubungi individu terbabit pada hari itu, dia tidak berjaya dan mendapati nombor tersebut tidak lagi di dalam servis.

"Satu tick, saya cuba telefon dia, terus ke voicemail. Whatsapp pun tunjuk 'nombor tidak didaftarkan, dia memadam akaunnya dan hilang begitu sahaja.

"Saya hanya ingin membantu adik saya & rakan-rakannya mencari tempat sebelum kontrak dorm mereka tamat pada 5 Julai.

"Scammer dah semakin pandai, double check semuanya sebelum anda buat apa-apa bayaran," kongsinya.

Menurutnya lagi, laporan polis sudah dilakukan dan semua bahan bukti telah diserahkan untuk tindakan lanjut.

SAYS.com
Image via X

Individu terbabit dilihat menggunakan identiti bukan miliknya

Menerusi sebuah komen yang dikongsi @ChristyMacr  yang turut memberitahu dia pernah menjadi mangsa penipuan dengan individu yang sama. Malah, katanya nama individu terbabit bukanlah seperti nama identiti dari MyKad yang diberikan.

"Sebenarnya, scammer tu guna identiti orang lain. I pun kena scam oleh dia.

"I managed to korek dan orang yang mengaku owner dan scammer tu bukan Ghafzizan ni. Scammer tu nama dia Muzhaffar," dedahnya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: