Rakyat Malaysia Yang Tinggal Di Tehran Dinasihat Keluar Segera Dari Iran Untuk Keselamatan

Media Iran melaporkan beberapa letupan kedengaran di Tehran selepas Israel melancarkan serangan, awal pagi Jumaat lalu.

Cover ImageCover image via Stimson & Arab News

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Semua rakyat Malaysia yang menetap di Iran dinasihatkan meninggalkan negara berkenaan serta-merta melalui apa-apa kaedah selamat dan tersedia

Menerusi laporan Harian Metro, saranan itu telah dikeluarkan Kementerian Luar (KLN) yang memantau perkembangan keselamatan di Iran melalui Kedutaan Besar Malaysia di Tehran.

KLN dalam sebuah kenyataan berkata memandangkan keadaan di Iran semakin meruncing, situasi semasa adalah sangat tidak menentu dan berpotensi menjadi lebih buruk tanpa sebarang amaran awal.

Katanya, keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia di Iran kekal sebagai keutamaan, selain usaha dipertingkatkan susulan tindakan agresif rejim Zionis terhadap Iran Jumaat lalu, yang memburukkan lagi ketegangan secara ketara di rantau berkenaan.

"Kedutaan Besar Malaysia di Tehran ketika ini terus berhubung rapat dengan semua rakyat Malaysia yang berdaftar di Iran. Semua mereka disahkan selamat dan sudah dinasihatkan untuk meninggalkan Iran dengan segera.

"Kedutaan Besar Malaysia di Tehran juga akan terus menyediakan bantuan konsular yang diperlukan bagi memudahkan proses perjalanan mereka dari Tehran," katanya.

Image via Worldview

Israel dilaporkan melakukan serangan ke atas Iran susulan kebimbangan terhadap tindakan Tehran membangunkan keupayaan senjata nuklear

Media Iran melaporkan beberapa letupan kedengaran di Tehran selepas Israel melancarkan serangan, awal pagi Jumaat lalu.

Israel turut mengisytiharkan perintah darurat sebagai langkah berjaga-jaga terhadap kemungkinan serangan peluru berpandu dan dron dari Tehran.

Operasi ketenteraan Israel itu menyasarkan sistem pertahanan udara Iran serta beberapa lokasi utama program nuklear dan ketenteraan, mengorbankan puluhan nyawa termasuk komander tentera tertinggi dan saintis atom, menurut pihak berkuasa Tehran.

Rentetan serangan itu, Iran dalam tindak balasnya melancarkan gelombang serangan peluru berpandu baharu ke atas Israel Sabtu lalu, mencederakan beberapa orang di kawasan kediaman, manakala Israel mengesahkan ia sedang menyerang ibu kota Tehran.

Serangan balas itu berlaku selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berikrar menyerang setiap sasaran di Iran, manakala Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, memberi amaran sebarang serangan lanjut akan dibalas dengan tindak balas lebih dahsyat dan berkuasa.

KLN mula mengakitifkan bilik gerakan

Sebagai langkah berjaga-jaga, bilik gerakan diaktifkan KLN berkuat kuasa 17 Jun di mana ahli keluarga terdekat rakyat Malaysia yang berada di Iran boleh menghubungi bagi mendapatkan maklumat lanjut melalui talian +603 8887 4570 atau e-mel di dutyofficer@kln.gov.my.

Jika berlaku kecemasan, rakyat Malaysia di Iran boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Tehran di alamat No.25, 2nd Alley, North Zarafshan St., Shahrak-e-Gharb atau menerusi talian +98 21 8807 2444, +98 21 8807 8606, +98 933 535 2602 serta e-mel di mwtehran@kln.gov.my / mwconsular.teh@gmail.com.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: