Lelaki Korea Bina Surau Kecil Dalam Rumah Untuk Pekerja Muslim Di Jeju Island

MashaAllah, bagusnya dia.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Arab News
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kita biasa dengar kisah pelancong ke Pulau Jeju, tapi siapa sangka di sebalik keindahan 'Hawaii Korea Selatan' ini, ada kisah menyentuh hati tentang toleransi dan kemanusiaan

Baru-baru ini, seorang lelaki tempatan bernama Nasir Hong-suk Seong, 35, mengambil langkah luar biasa demi saudara Muslim yang bekerja di situ.

Menurut laporan Arab News, walaupun bukan beragama Islam, lelaki itu sanggup mengubah suai sebahagian rumahnya jadi ruang solat khas lengkap berkarpet dan lampu demi memberi keselesaan kepada pekerja Muslim yang tinggal berdekatan.

"Mereka cuma nak tempat untuk solat dan rasa dihargai," katanya.

SAYS.com
Image via Arab News

Bukan saja jadi tempat untuk beribadah, tetapi juga jadi tempat pekerja berehat, melepaskan rindu, dan merasa seperti berada 'di rumah sendiri'

Iyalah, bayangkan tinggal berjauhan dari keluarga di negara orang dan satu-satunya masjid pula terletak lebih sejam perjalanan dari kawasan tempat mereka bekerja. Memang bukan mudah.

Difahamkan, Pulau Jeju kini semakin bergantung pada tenaga kerja asing, khususnya dari Indonesia, Pakistan dan Sri Lanka. Menurut laporan, seramai 3,567 pekerja asing direkodkan bekerja di pulau itu pada tahun 2024, ramai antaranya lelaki Muslim yang bekerja dalam sektor perikanan dan pertanian.

Walaupun bekerja keras di tempat asing, mereka tetap gigih menjaga solat dan nilai agama. Itulah yang mendorong Nasir untuk menyediakan surau kecil itu buat mereka.

"Kira-kira 30 peratus daripada tetamu saya adalah dari negara majoriti Muslim. Apabila saya mengenali mereka melalui layanan, mereka ternyata sangat baik hati dan hormat.

"Terdapat ramai orang yang salah faham tentang agama ini. Saya rasa apabila orang bercakap tentang Islam di Korea, mereka memikirkan sesuatu yang asing, sesuatu yang tidak diketahui. Tetapi ia boleh semudah menjaga jiran anda," kongsi Nasir.

Begitulah juga tujuan surau kecil Nasir. Beliau menghabiskan sebulan menyediakannya di rumah datuknya. Bermula Mac, beliau menghabiskan semua masa selepas waktu kerjanya melengkapkan ruang tersebut

"Apabila saya berpindah masuk, saya tidak mempunyai apa-apa. Malah perabot atau bantal pun tidak ada. Surau kecil ini adalah perkara pertama yang saya buat," katanya.

"Saya sentiasa membukanya. Orang boleh datang untuk solat berjemaah bila-bila masa… dan melihat mereka solat di sini membuatkan saya gembira," katanya.

Sederhana tetapi dijaga dengan teliti, surau kecil itu dilengkapi dengan sejadah yang dibentangkan di lantai. Sebuah rak rendah menyimpan edisi al-Quran dalam bahasa Inggeris, Arab dan Korea. Kaligrafi Arab menghiasi dinding. Tanda kiblat buatan tangan menandakan arah solat.

Sementara itu, Khalid Hussein, 38, dari Pakistan, telah bekerja di Jeju selama 15 tahun yang lalu. Bekerja di ladang ikan Nasir, beliau telah mengunjungi surau itu secara kerap, juga untuk lebih berhubung dengan identitinya.

"Ia menjadi lebih mudah bagi kami. Jeju 100 peratus berbeza. Budaya, agama semuanya berbeza. Jadi, kami perlu berkompromi," katanya.

Beliau berada di surau bersama rakan sekerjanya, Zahaid Hussain, yang juga datang dari Pakistan dengan kontrak yang membawanya ke Jeju.

"Saya berasa gembira apabila akhirnya dapat menunaikan solat Jumaat," kata Zahaid.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik