Ungku Ismail Cipta Aplikasi ‘Power Congak’ Untuk Anak, Cadang Nak Buat Subjek Lain Juga

Menarik ni! Ibu bapa bolehlah download untuk anak.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pelakon, Ungku Ismail Aziz mencipta satu aplikasi khas subjek Matematik untuk anaknya iaitu Power Congak

Menerusi temu bual aktor itu bersama Maskulin, Ungku Ismail berkata aplikasi tersebut telah dibuat sejak setahun yang lalu.

Difahamkan, pada awalnya aplikasi itu diberi nama Yim Genius dan dicipta untuk membantu anak lelakinya, Ibrahim untuk menguasai subjek Matematik.

"Saya anak saya Ibrahim tu latih Matematik setiap hari. Matematik nak power senang je, buat banyak latihan. Tu je, tak ada cara lain lagi dah," katanya.

SAYS.com
Image via @ungkuismailaziz (Instagram)
SAYS.com
Image via @ungkuismailaziz (Instagram)

Cadang untuk buat aplikasi subjek lain jika ada masa

Menurut Ungku Ismail lagi, aplikasi itu dibuat dalam bentuk animasi dan bunyi jadi menarik minat anaknya untuk buat banyak latihan.

"Dia akan ralit buat benda tu. Tahu-tahu je dia dah boleh buat tiga digit congak tambah tolak dalam masa 10 saat, dan dia terus menang johan congak dekat sekolah," katanya.

Aplikasi tersebut mula tular selepas isterinya, Nad Zainal berkongsi perkembangan anak mereka di TikTok setelah ia menunjukkan hasil yang bagus.

"Saya ada mata pelajaran lain lagi inshaAllah yang saya akan keluarkan dalam bentuk soalan dan juga mini game," katanya lagi.

Lihat video di bawah:

@maskulinmy

Siapa sangka, aplikasi Power Congak yang dihasilkan Ungku Ismail pada mulanya hanya untuk latih anak sendiri dalam matematik, kini jadi perhatian ramai selepas dikongsi di TikTok. Ramai ibu bapa mula minta versi rasmi untuk dimuat turun demi bantu anak belajar dengan cara mudah dan menyeronokkan! #Maskulin #GayaHidup #UngkuIsmail #PowerCongak #MajalahMaskulin

♬ Best for video background music Chill Trap Hip Hop(837066) – KIh

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: