Musim Durian Kembali Lagi! Ini 8 Cara Korang Nak Pastikan Durian Yang Dibeli Paling Ngam
Jangan main beli je, ada caranya!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Musim yang ditunggu-tunggu ramai rakyat Malaysia telah tiba
Setiap kali tiba bulan Jun hingga Ogos, musim durian akan kembali membuatkan ramai peminat raja buah ini tak akan terlepas daripada mendapatkannya.
Akan muncul peniaga-peniaga durian di tepi jalan, lori-lori yang membawanya ke hulur ke hilir di atas jalan raya, membuatkan sesiapa sahaja yang berada berdekatan pasti tertarik dengan baunya.
Jadi sesiapa yang ada berniat nak beli durian ni, korang wajib ikut cara-cara di bawah ni:
1. Ambil bau dahulu
Bau yang kuat dan manis selalunya petanda yang baik. Kalau baunya wangi gila, besar kemungkinan rasanya pun sedap gila.
Durian yang masak elok biasanya ada bau kuat yang tajam tapi ada manis-manis sikit, bau tu boleh perasan walaupun tak sampai dekat lagi. Kalau tak ada bau langsung? Haa, itu dah tanda tak elok. Mungkin durian tu belum masak atau dah dipetik terlalu awal.
Setiap jenis durian ada bau dia yang tersendiri (Musang King bau dia lagi 'power', Red Prawn pula lebih lembut), jadi lama-lama nanti korang boleh cam beza dia bila dah biasa hidu.
"Jika baunya segar dan mengingatkan kepada dedaun hijau, itu menandakan isi durian yang manis. Jika terdapat bau yang sedikit menyengat, ia mungkin menunjukkan adanya rasa pahit pada isi durian. Jika durian tidak mengeluarkan sebarang bau, ini bermakna ia belum masak. Namun, jika aromanya terlalu kuat, itu adalah petanda bahawa durian tersebut telah terlebih masak," kata pakar durian kepada Michelin Guide.

2. Goncang sikit, dengar bunyi bergegar besar kemungkinan durian dah masak
Bila digoncang perlahan, patut ada bunyi hentakan atau bergegar sikit macam biji dia dah mula longgar dari isi. Itu tanda durian tu dah cukup matang dan isi dia lemak berkrim.
Kalau langsung tak ada bunyi, mungkin durian tu masih muda. Tapi hati-hati kalau bunyi dia macam kosong sangat boleh jadi durian tu dah terlebih masak atau isi dia dah kering.

3. Cari garisan pada kulit durian, Kalau nampak jelas itu tanda durian dah sedia untuk dikokak
Kulit durian ada garisan semula jadi macam urat atau lekuk yang akan terbelah bila buah tu masak. Kalau korang boleh nampak dan tengok garisan tu dengan jelas, itu petanda durian tu dah ready untuk dimakan.
Kadang-kadang penjual pun siap belah sikit ikut garisan tu untuk tunjuk durian tu memang dah masak. Tapi kalau garisan tu nampak licin dan samar je, mungkin durian tu belum cukup masak lagi.

4. Ketuk kulit dia, bunyi kosong atau 'hollow' tu yang kita nak
Korang mungkin pernah nampak otai-otai buat trick ni. Ketuk durian perlahan-lahan guna buku lima atau kayu, boleh bantu agak tahap kematangan dia.
Bunyi kosong sikit dan bergema tu paling cun. Kalau bunyi dia lemah atau flat, mungkin isi masih keras atau belum masak lagi.
Setiap jenis durian ada bunyi tanda dah masak yang berbeza sikit, tapi lama-lama nanti boleh cam punyalah. Jangan risau kalau mula-mula mungkin rasa macam 'palatao' sikit tapi semua pakar durian pun pernah start dari zero.

5. Tengok tangkai dia, sepatutnya pendek, tebal, dan ada sikit lembap
Elakkan durian yang tangkai dia kering, kecut, atau nampak macam dah dipotong. Ada penjual yang sengaja potong cantik-cantik untuk sorokkan usia durian tu.
Cuba korek sikit tangkai tu dengan kuku. Kalau dalamnya hijau, bagus. Tapi kalau coklat atau kering, itu tandanya kurang elok.
Kalau tangkai tu nampak kecut atau coklat gelap, besar kemungkinan durian tu dah beberapa hari. Selalunya buah macam ni dah dipetik awal dan dibiarkan masak bawah kanvas. Masih boleh masak dan rasa okay, tapi durian yang gugur sendiri dari pokok selalunya rasa dia lagi padu.
Tip bonus: Tekan perlahan kawasan dekat tangkai. Kalau rasa lembut sikit, mungkin korang dapat jackpot jumpa durian yang padu!

6. Perhatikan kalau ada rekahan, retak kecil kadang-kadang petanda baik
Rekahan kecil yang berlaku secara semula jadi biasanya sebab tekanan dari dalam masa buah tengah masak. Ini selalunya tanda isi dia tengah masak ranum. Kadang-kadang sampai boleh nampak sikit isi kuning kat dalam.
Tapi kalau buah tu dah bocor, terbelah luas, atau ada bau pelik, baik elakkan terus. Mungkin serangga atau bakteria dah conquer dulu.

7. Musang King bukan satu-satunya durian paling sedap
Setiap jenis ada rasanya tersendiri dari yang pahit sampailah ke lemak berkrim.
Jenis popular macam Musang King (D197), XO, Udang Merah (Red Prawn), dan D24 semua ada rasa, tekstur, dan harga yang berbeza.
Kalau korang suka yang manis dan berkrim, mungkin Red Prawn yang paling ngam. Tapi kalau suka rasa pahit dengan 'kick' XO ialah pilihanyang tepat. Cuba dulu beberapa jenis untuk tahu mana satu yang kena dengan tekak sebab ada penjual yang siap bagi rasa dulu!

8. Borak je dengan penjual, diorang confirm tahu buah mana yang ngam
Jangan segan nak tanya. Penjual yang boleh dipercayai akan dengan bangga bagitau durian tu datang dari mana, yang mana paling fresh hari tu, dan yang mana sesuai dengan selera korang.
Kalau dia asyik paksa ambil yang mahal tanpa bagi sebab, baik pergi je beli tempat lain..
Kebanyakan penjual akan belah dulu sebelum bagi. Jangan takut nak tolak kalau isi dia nampak tak cantik atau bau pelik. Mungkin dia tengah cuba habiskan stok buah yang orang lain dah reject.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 