Baru Kahwin 2 Minggu, Bintang Liverpool Diogo Jota Dilaporkan Maut Dalam Kemalangan Kereta
Difahamkan, pemain Liverpool itu meninggal dunia di usia 28 tahun.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pemain bola sepak terkenal Liverpool, Diogo Jota, dilaporkan meninggal dunia pada usia 28 tahun selepas kereta mewah Lamborghini yang dipandunya terbabas dan terbakar di utara Sepanyol
Menurut laporan Mail Online, apa yang lebih menyedihkan adalah insiden itu berlaku hanya selepas dua minggu dia mendirikan rumah tangga bersama cinta pertamanya sejak zaman kanak-kanak, Rute Cardoso, yang juga ibu kepada tiga anak mereka.
Jota dipercayai memandu kereta terbabit bersama adik lelakinya, Andre Jota, 26, yang juga merupakan seorang pemain bola sepak. Malangnya, kedua-dua mereka terkorban di tempat kejadian.


Tayar meletup ketika memotong kenderaan lain, kereta terus terbabas & terbakar
Menurut laporan awal, tayar Lamborghini itu dipercayai meletup ketika sedang memotong kenderaan lain di Lebuh Raya A-52, kira-kira 113km dari bandar Valladolid.
Insiden ngeri itu berlaku sekitar awal pagi semalam apabila kereta tersebut terbabas ke tepi jalan, merempuh kawasan sekitar dan akhirnya meletup dalam api yang marak.
Lebuh Raya A-52 itu juga merupakan laluan utama yang sering digunakan oleh pemandu dari utara Portugal.
Menurut kenyataan rasmi pihak kecemasan wilayah Castilla y León, bilik operasi 1-1-2 menerima beberapa panggilan kecemasan melaporkan kemalangan di KM 65 Lebuh Raya A-52, dalam kawasan perbandaran Cernadilla, Zamora. Sebuah kenderaan dikatakan terlibat dalam kemalangan dan sedang terbakar.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 