Ramai Tak Tahu Herpes Ada 2 Jenis, Ini Cara Bezakan HSV-1 & HSV-2
Penting info ini sebab ramai masih keliru.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kalau anda pernah dengar tentang 'cold sore' atau 'genital herpes', besar kemungkinan ia berkaitan dengan virus HSV
Tetapi, sebenarnya HSV ada dua jenis utama iaitu HSV‑1 dan HSV‑2. Ramai masih keliru antara dua virus ini, jadi jom kita fahamkan satu per satu.
HSV‑1: biasanya di sekitar mulut, seperti cold sore di bibir atau pipi.
HSV‑2: cenderung dijangkiti kawasan alat sulit.
Tetapi, jangan pelik kalau ada yang kena HSV‑1 di kemaluan atau HSV‑2 di mulut. Kedua-dua virus ini boleh tertukar tempat kalau melibatkan contact secara langsung, contohnya melalui seks oral.

Gambar sekadar hiasan.
Image via WikipediaCara jangkitan dan simptomnya juga berbeza
HSV‑1: Selalu dijangkiti semasa kecil akibat bersentuhan, contohnya ciuman atau berkongsi sudu. Kebiasaannya ia muncul di bibir, hidung atau dagu.
HSV‑2: Lebih kepada jangkitan seksual seperti vaginal, anal atau oral. Ia muncul di bahagian sulit, punggung atau paha.
Yang penting, kedua-duanya boleh merebak walaupun tiada simptom aktif.
Gejala biasanya adalah lepuhan kecil berair, pecah dan menjadi luka. Simptom lain pula adalah gatal dan pedih.
Rawatan Herpes ada, tapi ia tidak boleh jadi penawar

Gambar sekadar hiasan.
Image via PhoenixUntuk pengetahuan anda, tiada ubat untuk hilangkan HSV sepenuhnya. Tetapi, antiviral seperti acyclovir dapat mengurangkan simptom Herpes. Selain itu, ubat sapu untuk cold sores juga boleh digunakan serta rawatan harian bagi kes serangan kerap.
Ada tak cara untuk elak terkena Herpes? Mestilah ada! Pertama sekali, jangan berkongsi makanan atau minuman direct dengan mulut jika ada cold sore.
Bagi pasangan suami isteri pula, anda disarankan untuk guna kondom semasa hubungan seksual dan elakkan aktiviti intim semasa ada gejala aktif.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



