Bank Kenakan Cukai Perkhidmatan Bermula Julai, Ini Senarai 4 Khidmat Kewangan Yang Terkesan

Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memperluas asas cukai negara tanpa membebankan rakyat berpendapatan rendah.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bank-bank di Malaysia akan mula mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak lapan peratus ke atas perkhidmatan kewangan tertentu yang dikenakan yuran dan komisen bermula 1 Julai ini

Menerusi laporan Berita Harian, pelaksanaan cukai itu akan dibuat secara berperingkat selaras dengan pewartaan dan garis panduan oleh Kementerian Kewangan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Berikut adalah senarai empat perkhidmatan perbankan yang dijangka terkesan:

  • Pemindahan dana rentas sempadan
  • Transaksi pelaburan
  • Pengeluaran laporan khas
  • Perkhidmatan nasihat tertentu

Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM), bersama Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) serta Persatuan Perbankan Pelaburan Malaysia (MIBA), dalam satu kenyataan bersama berkata pelaksanaan berkenaan adalah sebahagian daripada peluasan skop cukai perkhidmatan yang telah diwartakan baru-baru ini.

"Cukai perkhidmatan ini hanya dikenakan ke atas perkhidmatan kewangan tertentu yang melibatkan bayaran yuran dan komisen," kata kenyataan itu.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via KomparasiImage via

Beri jaminan perkhidmatan asas kekal dikecualikan

Ketiga-tiga persatuan tersebut turut memaklumkan bahawa beberapa perkhidmatan asas kekal dikecualikan daripada cukai terbabit.

"Sebagai contoh, caj berkaitan akaun simpanan dan semasa, termasuk untuk perkhidmatan asas kepada orang ramai, tidak akan dikenakan cukai, sama ada bagi perbankan konvensional mahupun Islam," katanya.

ABM, AIBIM dan MIBA menasihati pelanggan untuk merujuk kepada pengumuman rasmi daripada institusi perbankan masing-masing mengenai perincian pelaksanaan cukai perkhidmatan ini.

Kenyataan itu menjelaskan bahawa maklumat terperinci akan dikemas kini menerusi saluran rasmi bank bagi memastikan pelanggan dimaklumkan dengan tepat mengenai sebarang perubahan atau pengecualian yang berkenaan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: