Caj Cukai 6% Pendidikan Swasta Akan Dikenakan Bagi Pelajar Antarabangsa Mulai Julai Ini
Ia turut akan dikenakan kepada institusi seperti prasekolah, sekolah, kolej, universiti dan pusat bahasa swasta.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Malaysia akan kenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6% ke atas perkhidmatan pendidikan swasta untuk pelajar antarabangsa mulai 1 Julai 2025
Menerusi laporan The Economic Times, cukai itu adalah sebahagian daripada peraturan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) Malaysia yang telah dipinda semula.
Institusi swasta yang mengenakan bayaran tuisyen melebihi RM60,000 setahun mesti mendaftar untuk cukai tersebut.
Institusi pengajian tinggi dan pusat bahasa mesti mendaftar tanpa mengira perolehan jika mereka mengajar pelajar antarabangsa. Pelajar Malaysia akan dikecualikan.
Kementerian Kewangan mengumumkan langkah itu awal bulan ini, berkata ia bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan fiskal negara dengan meningkatkan hasil dan meluaskan asas cukai tanpa menambah beban yang tidak wajar kepada majoriti rakyat Malaysia.

Gambar sekadar hiasan.
Image via edmatesImage viaBerkemungkinan beri kesan kepada daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pendidikan
Malaysia menyasarkan untuk menarik 250,000 pelajar antarabangsa menjelang 2025 di bawah Pelan Pembangunan Pendidikannya (2015–2025). Cukai baharu ini dilihat boleh menjejaskan sasaran ini.
The British Council memberitahu The Pie News, "Walaupun SST yang diperluaskan tidak akan menjejaskan pelajar Malaysia, pengenaan SST ini boleh memberi kesan kepada pendaftaran dalam program pendidikan transnasional UK (TNE), yang kebanyakannya dijalankan dengan kerjasama rakan kongsi institusi tempatan swasta dan menerima sejumlah besar pelajar antarabangsa.
"Ini juga boleh memberi kesan kepada daya tarikan Malaysia dalam kalangan negara yang sedang membangun sebagai destinasi pendidikan".
The British Council menasihatkan institusi di UK untuk berunding dengan rakan kongsi di Malaysia bagi mendapatkan penjelasan dan menawarkan untuk menghubungkan mereka dengan pakar cukai.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 