Rakyat Kelantan Tak Lepaskan Peluang Tambah Aset Susulan Harga Emas Turun

Difahamkan, harga emas turun mendadak susulan pengumuman gencatan senjata antara Iran dan Israel.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Utusan & Hello Kelantan
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Harga emas dunia catat penurunan ketara dalam tempoh dua minggu menyebabkan kedai emas di sekitar bandar Kota Bharu diserbu orang ramai

Menerusi laporan Sinar Harian, perkara itu diakui oleh Azuwadi Aman Razali, 39, seorang peniaga kedai emas Mah Kampong Kito, memaklumkan bahawa harga emas mula menunjukkan penurunan sejak Ahad lalu.

"Boleh dikatakan setiap hari harga emas turun. Untuk hari ini sahaja, satu gram berharga RM432.35.

"Sepanjang Jun ini, harga emas paling murah dicatatkan ialah RM428.67 satu gram ketika bermulanya gencatan senjata antara Iran dan Israel.

"Ketika harga emas melonjak sebelum ini, ramai penduduk Kelantan sudah mula melakukan pembelian panik kerana bimbang harganya terus meningkat.

"Sekarang apabila harga semakin murah, mereka berebut mendapatkan barangan kemas sama ada untuk dijadikan perhiasan mahupun simpanan aset.

"Di kedai kami, pelanggan bukan sahaja dari Kelantan tetapi juga dari seluruh negara, terutama ketika musim perayaan dan cuti umum," katanya.

Menurutnya, harga tertinggi yang direkodkan sepanjang Jun adalah RM447.42 satu gram.

SAYS.com

Peniaga kedai emas Mah Kampong Kito, Azuwadi (kiri) sibuk melayan pelanggan di kedainya yang terletak di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu.

Image via Sinar Harian

Harga emas dicatatkan sepanjang Jun sekitar RM450 satu gram

Bagi Asmaq Abdul Karim, 35, peniaga kedai emas Raffiya Gold, mengesahkan harga emas mula menunjukkan penurunan minggu ini dan harga paling tinggi yang dicatatkan sepanjang Jun adalah sekitar RM450 satu gram.

"Orang Kelantan mempunyai trend yang unik, apabila harga emas naik, mereka lebih banyak membeli.

"Semasa harga emas tinggi sekitar bulan Mac hingga Mei, ramai membuat pembelian panik.

"Selepas Hari Raya Aidiladha, jual beli emas menjadi perlahan sedikit, namun dengan penurunan harga terkini, kami menjangkakan pembeli akan kembali berbelanja," katanya.

SAYS.com

Peniaga kedai emas Raffiya Gold, Asmaq (kiri) menjangkakan pembeli akan kembali berbelanja apabila harga emas semakin menyusut sejak Ahad lalu.

Image via Sinar Harian.Image via

Penurunan harga berlaku susulan gencatan senjata antara Israel dan Iran

Menurut Nur Akmal Ahmad Tajuddin, Pegawai Sumber Manusia MZ Gold Sdn Bhd mendedahkan harga emas mula turun pada Rabu kesan langsung daripada gencatan senjata antara Israel dan Iran.

"Harga emas turun sebanyak RM6 satu gram. Semalam RM469, hari ini RM463.

"Saya tidak dapat menjangka situasi ini akan bertahan berapa lama kerana semuanya bergantung kepada geopolitik dunia hari ini," katanya.

Naib Presiden dan Pakar Strategi Logam Kanan di Zanier Metals, Peter Grant berkata ketegangan yang berkurangan di Asia Barat memainkan peranan besar dalam menekan harga emas dunia.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: