Doa Pemuda OKU Guna Bahasa Isyarat Di Pusara Ibu Undang Sebak – “Mata Masuk Habuk”
Momen yang penuh bermakna.
Cover image via @hasmalina10 (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pemergian insan yang tersayang sememangnya amat memeritkan
Tambahan lagi jika ia adalah ibu bapa kita. Sudah tentu, sampai masa mereka semua akan meninggalkan kita. Hidup juga mungkin berubah tanpa kehadiran mereka di sisi lagi.
Namun, siapalah kita untuk menindakkan takdir. Kehidupan haruslah diteruskan walaupun ia sukar.
Begitu juga dengan kisah seorang pemuda orang kurang upaya (OKU) yang melepaskan rindu di hadapan pusara ibunya telah mengundang sebak.

Masih rindu sehingga terkenang makanan kegemaran ibu
Menerusi laporan Harian Metro, pemuda bernama Hafizi Hamdan, 25, yang merupakan orang kurang upaya (OKU) pekak dan bisu dilihat melepaskan rindu buat ibunya yang meninggal dunia akibat barah ovari.
Kisahnya menjadi tular selepas videonya berbahasa isyarat ketika menziarahi pusara ibunya mendapat perhatian ramai.
Berceritai kisah sebenar, Hafizi memberitahu video itu dirakam ibu saudaranya, Hasmalina Ahmad, 40, yang menemaninya menziarahi pusara ibunya.
"Emak meninggal dunia pada 21 Ogos tahun lalu dan selepas emak tiada , memang sunyi.
"Saya rindukan emak, sampai sekarang pun kerana kami rapat dan sebab itu selalu ziarah kubur emak.
"Setiap kali ziarah kubur, saya akan doakan emak dan dalam video yang tular itu, saya baca al-Fatihah sebelum ucapkan selamat tinggal," katanya.
Dalam pada itu, ibu saudara pemuda tersebut, Hasmalina, memaklumkan bahawa video berkenaan sebenarnya dirakam secara spontan, tanpa menyangka ia akan meraih perhatian ramai dan menyentuh hati netizen.
Menurutnya lagi, dia sendiri turut sebak menonton semula rakaman itu, kerana teringat betapa rapatnya hubungan dua beranak tersebut semasa hayat ibu masih ada.
"Ibu Hafizi adalah kakak saya. Sejak arwah tiada, Hafizi tinggal dengan emak yang duduk di sebelah rumah saya.
"Sekarang dia kerja bantu saya di kantin dan memang rajin cuma jenis yang suka buat hal sendiri.
"Biasanya, saya bawa Hafizi ziarah kubur ibunya hari Jumaat atau dua minggu sekali. Setiap kali ke kubur emaknya, begitulah Hafizi.
"Dia akan doakan ibunya dalam bahasa isyarat… nampak dia masih rindu malah sampai sekarang pun dia akan teringat ibunya setiap kali makan makanan kegemaran ibunya," katanya.
Lihat video itu di bawah:
Rindu yang tiada penghujung :')
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



