Capai Umur Satu Abad, Tun M Sebenarnya Lebih Tua Daripada…
Mickey Mouse dah nak sebaya Tun M rupanya!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tarikh 10 Julai 2025 mencatatkan ulang tahun yang ke-100 figura yang sudah pasti dikenali rakyat Malaysia pelbagai generasi, Tun Dr Mahathir Mohamad
Dalam 100 tahun sudah banyak peristiwa yang beliau lalui sejak zaman sebelum merdeka sehinggalah kini.
Namun tahukah anda, sepanjang tempoh tersebut telah banyak peristiwa penting, jenama, teknologi, fenomena pop, dan pelbagai lagi yang mungkin anda sangka telah lama wujud tetapi sebenarnya belum ada dan terjadi sebelum Tun Mahathir lahir.
Jom tengok apa benda-benda itu!
1. Teknologi

NASA (National Aeronatics & Space Administration) – 1958
- Tun M berumur 33 tahun pada 1958
Telefon bimbit pertama – 1973
- Tun M berumur 48 tahun pada 1973
Satelit pertama (SPUTNIK 1) – 1957
- Tun M berumur 32 tahun pada 1957
ATM (Automated Teller Machine) pertama – 1967
- Tun M berumur 42 tahun pada 1967
Internet – 1983
- Tun M berumur 58 tahun pada 1983
2. Jenama

Milo – 1934
- Tun M berumur 9 tahun pada 1934
Ferrari – 1939
- Tun M berumur 14 tahun pada 1939
McDonald's – 1940
- Tun M berumur 15 tahun pada 1940
3. Sukan

Piala dunia FIFA pertama – 1930
- Tun M berumur 5 tahun pada 1930
Liga Juara-Juara Eropah (Champions League) – 1955
- Tun M berumur 30 tahun pada 1955
Formula 1 – 1946
- Tun M berumur 21 tahun pada 1946
Sukan SEA – 1958
- Tun M berumur 33 tahun pada 1958
NBA (National Basketball Association) – 1949
- Tun M berumur 24 tahun pada tahun 1949
4. Hiburan (Pop-culture)

The Beatles – 1960
- Tun berumur 35 tahun pada 1960
Mickey Mouse – 1928
- Tun M berumur 3 tahun pada 1928
Komik Marvel – 1939
- Tun M berumur 14 tahun pada 1939
Filem Malaysia Pertama (Laila Majnun) – 1933
- Tun M berumur 8 tahun pada 1933
Hip Hop – 1970-an
- Tun M berusia 40-an pada tempoh ini
Rock & Roll – 1950-an
- Tun M berusia 20-an pada tempoh ini
Punk Rock – 1960-an
- Tun M berusia 30-an pada tempoh ini
Heavy Metal – 1970-an
- Tun M berusia 40-an pada tempoh ini
Muzik House/EDM – 1980
- Tun M berusia 50-an pada tempoh ini
K-Pop (secara global) – 1990-an
- Tun M berusia 60-an pada tempoh ini
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 