CEO Batu Didakwa Atas Salah Laku Amang Seksual Bukan Fizikal Ke Atas Remaja Perempuan 13 Tahun
Dia didakwa di hadapan Hakim Norshila Kamarudin mengikut Seksyen 15(a)(i) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
CEO Batu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang hari ini atas pertuduhan amang seksual bukan fizikal kepada seorang remaja perempuan berusia 13 tahun pada Mei lalu
Menerusi laporan Berita Harian, CEO Batu atau nama sebenarnya Muhamad Iqbal Muhamad Nor, 22, didakwa di hadapan Hakim Norshila Kamarudin mengikut Seksyen 15(a)(i) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Dia dituduh melakukan amang seksual bukan fizikal dengan niat untuk dilihat remaja perempuan berkenaan di sebuah unit kediaman di Batu Caves, Gombak, jam 1.16 pagi pada 16 Mei lalu.
Tertuduh yang diwakili peguam, Mohd Aniq Rafih bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebelum Timbalan Pendakwa Raya Nadiah Malek Fauzie memohon mahkamah menetapkan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin tempatan.

Muhamad Iqbal Muhamad Nor atau CEO Batu dikawal polis ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Ampang, hari ini.
Image via NSTP/Eizairi ShamsuiriImage viaMahkamah menetapkan jaminan RM6,000
Mohd Aniq memohon jaminan lebih rendah iaitu RM6,000 memandangkan anak guamnya hanya bekerja sebagai pempengaruh dengan pendapatan bulanan sebanyak RM3,000 sebulan yang kini terjejas berikutan akaun media sosialnya disekat dan telefon pintarnya masih dalam simpanan polis.
"Selain itu, tertuduh juga menjaga datuknya yang menghidap penyakit kencing manis dan jantung," katanya.
Mahkamah menetapkan jaminan RM6,000 dengan syarat tambahan melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan dan dilarang mengganggu saksi pendakwaan. Sebutan semula ditetapkan 14 Ogos depan untuk serahan dokumen.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 