Jangan Lepaskan 10 Malam Terakhir Ramadan, Ini Amalan Yang Anda Boleh Dilakukan
Hidupkan malam-malam terakhir dengan amalan dan ibadah sunat.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Apabila Ramadan memasuki fasa 10 malam terakhir, umat Islam digalakkan untuk meningkatkan lagi ibadah dan amal kebaikan
Tempoh ini dianggap sangat istimewa kerana di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, iaitu malam Lailatulqadar.
Disebabkan keistimewaan tersebut, ramai yang mengambil peluang ini untuk memperbanyakkan amalan seperti solat malam, membaca al-Quran dan berdoa.
Malah, Rasulullah SAW sendiri diriwayatkan akan memperbanyakkan ibadah serta menghidupkan malam-malam terakhir Ramadan dengan amalan yang lebih bersungguh-sungguh.

Gambar sekadar hiasan.
Image via The NoorBerikut beberapa amalan yang boleh dilakukan pada 10 malam terakhir Ramadan:
1. Mendirikan solat malam (Qiyamullail)
Antara amalan utama yang sangat digalakkan ialah qiyamullail seperti solat tahajud, solat taubat dan solat hajat.
Ibadah ini dilakukan pada waktu malam selepas tidur dan menjadi antara cara terbaik untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
2. Membaca dan menghayati Al-Quran
Ramadan dikenali sebagai bulan Al-Quran. Oleh itu, 10 malam terakhir menjadi masa yang sesuai untuk memperbanyakkan bacaan Al-Quran serta memahami maknanya.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Kosmo3. Memperbanyakkan doa
Antara doa yang sering dianjurkan pada malam-malam ini ialah:
"Allahumma innaka 'afuwwun tuhibbul 'afwa fa'fu 'anni."
Doa ini bermaksud memohon agar Allah SWT mengampunkan segala dosa dan kesalahan yang telah dilakukan.
4. Bersedekah dan berbuat baik
Bersedekah pada bulan Ramadan mempunyai ganjaran yang besar, lebih-lebih lagi pada 10 malam terakhir.
Ia boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk seperti memberi makanan, menyumbang kepada yang memerlukan atau membantu golongan kurang bernasib baik.
5. Beriktikaf di Masjid
Iktikaf bermaksud berdiam diri di masjid dengan niat untuk beribadah kepada Allah SWT.
Amalan ini dilakukan bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada ibadah tanpa gangguan urusan dunia.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Gala Media6. Mencari Malam Lailatulqadar
Malam Lailatulqadar dipercayai berlaku pada salah satu malam ganjil dalam 10 malam terakhir Ramadan.
Oleh itu, umat Islam digalakkan untuk menghidupkan setiap malam dengan ibadah agar tidak terlepas peluang meraih keberkatan malam tersebut.
10 malam terakhir Ramadan adalah peluang terbaik untuk umat Islam meningkatkan ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Dengan memperbanyakkan amalan seperti solat malam, membaca al-Quran, berdoa dan bersedekah, diharapkan kita dapat meraih keberkatan serta keampunan dalam bulan yang penuh rahmat ini.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 