Cicak Tak Berani Singgah Lagi, Rahsia Halau ‘Tetamu Tak Diundang’ Hanya Guna Bahan Dapur

Boleh simpan buat stok!

Enlarge text
Cover ImageCover image via @abangngu (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pernah tak anda baru sahaja selesai mengemas rumah, tiba-tiba ternampak kelibat 'tetamu tak diundang' sedang melepak di dinding atau lebih parah, meninggalkan "hadiah" hitam putih di atas meja makan?

Masalah cicak di dalam rumah memang boleh buat sesiapa pun hilang sabar, apatah lagi bila memikirkan faktor kebersihan dan kesihatan keluarga.

Ramai buntu dan terus terfikir nak guna racun kimia, tapi sebenarnya ada cara yang jauh lebih selamat, murah serta hanya menggunakan bahan yang sedia ada di dapur anda.

Tanpa perlu berbelanja besar atau membahayakan anak-anak dengan bahan kimia beracun, rahsia halau cicak ini pasti akan membuatkan dinding rumah anda kembali bersih dan "suci" daripada gangguan reptilia kecil ini.

SAYS.com
Image via @abangngu (TikTok)

Kongsi rahsia yang ringkas

Menerusi perkongsian bermanfaat daripada akaun TikTok @abangngu, rahsia untuk menghalau reptilia ini rupa-rupanya sangat ringkas dan hanya memerlukan bahan yang biasanya sudah sedia ada di rak dapur anda.

Anda hanya perlu menyediakan satu cawan air, setengah cawan sabun pencuci pinggan dan setengah cawan cuka makan atau cuka putih yang biasa digunakan dalam masakan.

Cara penyediaannya juga sangat pantas dan tidak mengelirukan. Apabila semua bahan tersebut telah tersedia, anda cuma perlu memasukkan kesemuanya ke dalam sebuah botol penyembur.

Pastikan botol tersebut digoncang dengan baik sehingga larutan tadi benar-benar sebati dan bercampur sepenuhnya sebelum digunakan.

Setelah larutan "ajaib" ini siap, anda boleh terus menyemburkannya secara rata pada kawasan yang sering menjadi tumpuan atau laluan utama cicak.

Antara lokasi strategik yang disarankan termasuklah di permukaan dinding, celah-celah bingkai tingkap, bahagian belakang perabot yang gelap, mahupun di sudut-sudut tersembunyi di ruang dapur anda.

Dengan langkah mudah ini, rumah anda bukan sahaja bebas daripada gangguan cicak, malah lebih selamat tanpa penggunaan racun kimia yang berbahaya.

Lihat video di bawah:

@abangngu

Replying to @vmascrochet 🐊✨ Petua Halau Cicak DIY by AbangNgu Air 1 cawan + Cuka 1/2 cawan + Sabun pinggan 1/2 cawan 👉 Bancuh & masuk dalam botol spray 🫧 Spray je kat tempat cicak selalu muncul, confirm lari! 🚫🦎 💬 Ada soalan? Komen je👇 #AbangNgu #PetuaRumah #HalauCicak #DIYspray #LifeHacks

♬ original sound – Abang Ngu HOMEDIY – Bang Borneo

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: