Cara Bayar Cukai Taksiran Atau Cukai Pintu Secara Online, Tak Perlu Nak Beratur Pun!
Mudah dan cepat!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Cukai taksiran atau 'cukai pintu' wajib dibayar dua kali setahun, tapi sekarang anda boleh buat semuanya secara online, terus dari rumah
Ramai pemilik rumah atau penyewa tak tahu yang cukai taksiran ataupun cukai pintu boleh dibayar secara online tanpa perlu beratur di kaunter Majlis Perbandaran.
Bayaran ini biasanya dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk perkhidmatan awam seperti kutipan sampah, penyelenggaraan jalan dan lampu jalan di kawasan anda.
Kalau anda nak elak denda lewat bayar, jom ikuti langkah mudah untuk semak dan bayar secara online, ikut negeri atau PBT masing-masing.
Semak PBT anda ikut alamat tempat tinggal
Pertama sekali, semak di bawah pentadbiran majlis mana rumah atau premis anda berada, contohnya MBPJ (Petaling Jaya), DBKL (Kuala Lumpur), MBSA (Shah Alam), MPKj (Kajang) dan sebagainya. Setiap PBT ada sistem online tersendiri.
Layari laman web rasmi PBT anda
Kebanyakan majlis tempatan akan menghantar bil fizikal melalui mel ke alamat yang didaftarkan dengan mereka. Walau bagaimanapun, ada yang beralih kepada pengebilan digital sahaja, terutamanya di kawasan bandar.
Biasanya, anda boleh menyemak dan membayar bil anda melalui web, aplikasi atau e-mel dan perkhidmatan SMS majlis tempatan anda.
Berikut adalah majlis tempatan yang menawarkan portal dalam talian untuk pembayaran mudah:
- DBKL (Kuala Lumpur) – ebayar.dbkl.gov.my
- MBPJ (Petaling Jaya) – ebayar.mbpj.gov.my
- MBSA (Shah Alam) – myMBSA
- MBSJ (Subang Jaya) – mbsj.gov.my
- MBPP (Pulau Pinang) – ebayar.penang.gov.my
*Untuk majlis tempatan yang lain cari pihak berkuasa tempatan anda untuk "cukai taksiran".
Masukkan nombor akaun cukai anda
Anda perlu isikan nombor akaun cukai taksiran nombor ini boleh didapati di bil fizikal atau e-bil anda. Kalau tak pasti, boleh daftar akaun pengguna baru dan semak guna nombor IC dan alamat rumah.
Semak jumlah yang perlu dibayar dan buat bayaran online
Jumlah cukai biasanya dibahagi kepada dua tempoh: Januari hingga Jun dan Julai hingga Disember. Klik untuk bayar dan pilih kaedah seperti FPX (bank online), kad kredit atau e-wallet tertentu. Simpan resit sebagai bukti pembayaran.
Gunakan aplikasi jika ada untuk lebih mudah!
Sesetengah negeri ada aplikasi rasmi seperti:
-
Smart Selangor App (untuk MBPJ, MBSA, MPKj dll)
-
DBKL Mobis untuk warga KL
Aplikasi akan memudahkan anda untuk semak notis, bayar terus dan terima notifikasi tarikh akhir!
Bayar cukai taksiran online lebih pantas, mudah dan mesra alam. Paling penting jangan tunggu saat akhir, sebab denda lewat bayar boleh cecah RM20 atau lebih!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


Cover image via 