Cara Tulis Wasiat Di Malaysia Tanpa Guna Peguam, Ini Langkah Mudah Yang Anda Boleh Ikut

Kalau nak pastikan harta diagih ikut kehendak kita, wasiat boleh bantu urus semua dengan lebih lancar.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kenapa penting tulis wasiat walaupun anda kadang-kadang rasa mungkin ia bukan masa yang sesuai untuk anda

Namun, anda kena ingat, kematian itu boleh berlaku di mana-mana dan bila-bila masa sahaja tanpa mengenal usia.

Ramai orang muda atau yang belum kahwin anggap wasiat ini tak urgent. Tapi sebenarnya, bila anda dah mula ada simpanan KWSP, kereta, rumah, atau even barang kemas yang ada nilai, anda dah ada aset, dan aset tu perlukan pelan pengurusan kalau apa-apa jadi.

Tanpa wasiat, harta akan diagih ikut hukum faraid (untuk Muslim) atau Akta Pembahagian 1958 (untuk bukan Muslim), yang mungkin tak sama dengan apa yang anda sendiri niatkan.

Tapi, tahukah anda sebenarnya anda boleh tulis wasiat sendiri tanpa perlukan peguam? Jom kami kongsikan ipanduan tulis wasiat di Malaysia tanpa perlu sewa peguam.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Yahoo! News

Anda boleh tulis sendiri wasiat di rumah dan ia sah di sisi undang-undang

Ramai yang masih keliru dan anggap wasiat hanya sah jika dibuat oleh peguam. Sebenarnya, menurut Akta Wasiat 1959, mana-mana individu yang berumur 18 tahun ke atas di Semenanjung dan Sarawak, serta 21 tahun ke atas di Sabah (di bawah Ordinan Wasiat Sabah), boleh menulis wasiat sendiri selagi mereka waras dan berkeupayaan mental.

Tiada keperluan wajib untuk mendaftar atau melantik peguam. Apa yang penting, wasiat itu ditulis dengan jelas dan mematuhi syarat-syarat sah yang ditetapkan oleh undang-undang.

Tulis tangan atau taip, dua-dua diterima

Wasiat boleh ditulis tangan menggunakan pen biasa atau ditaip dan dicetak. Tiada format rasmi atau reka bentuk khusus yang perlu diikuti.

Apa yang penting ialah kandungan dokumen itu lengkap, jelas dan mudah difahami. Pastikan ia merangkumi:

  • Senarai aset: seperti rumah, kenderaan, akaun simpanan, KWSP, ASB, polisi insurans, barang kemas, saham, atau aset digital.
  • Senarai benefisiari (penerima): individu atau organisasi yang anda mahu serahkan harta tersebut.
  • Pelantikan wasi (executor): individu yang akan bertanggungjawab mengurus dan melaksanakan kandungan wasiat.
  • Penjaga (guardian): jika anda mempunyai anak di bawah umur 18 tahun, nyatakan siapa yang anda amanahkan untuk menjaga mereka.

Tip: Sertakan maklumat terperinci seperti nombor akaun, alamat hartanah atau lokasi simpanan barang berharga. Ini dapat membantu mengelakkan kekeliruan dan pertikaian pada masa akan datang.

Perlukan tandatangan dan saksi, langkah ini penting agar wasiat sah

Untuk menjadikan wasiat anda sah secara undang-undang, pastikan langkah-langkah ini dipatuhi:

  • Tandatangan di bahagian akhir dokumen wasiat
  • Dua orang saksi mesti hadir serentak dan menyaksikan anda menandatangani wasiat tersebut
  • Kedua-dua saksi juga perlu menandatangani wasiat itu di hadapan anda

Syarat penting: Saksi tidak boleh menjadi penerima harta, dan tidak boleh berkahwin dengan penerima harta yang dinyatakan dalam wasiat.

Nota penting: Malaysia masih tidak membenarkan tandatangan wasiat secara jarak jauh atau online, jadi semua individu yang terlibat perlu berada dalam bilik yang sama semasa proses tandatangan berlaku.

Gambar sekadar hiasan.

Image via MAIS

Tak wajib daftar, tapi pastikan salinan asal disimpan dengan selamat

Gambar sekadar hiasan.

Image via HFSFCU

Malaysia tidak mewajibkan pendaftaran wasiat, jadi dokumen asal bertandatangan adalah bukti utama jika berlaku sebarang pertikaian di mahkamah. Sekadar ada salinan fotostat tidak mencukupi jika salinan asal hilang atau musnah.

Antara tempat simpanan selamat yang disarankan:

  • Peti besi atau peti tahan api di rumah
  • Simpan bersama wasi yang dilantik atau ahli keluarga yang dipercayai
  • Perkhidmatan simpanan wasiat profesional (ada di bank dan firma amanah)

Pastikan sekurang-kurangnya seorang individu yang dipercayai tahu di mana wasiat itu disimpan.

Anda boleh kemas kini wasiat bila-bila masa mengikut perubahan hidup

Wasiat bukan dokumen 'sekali tulis, habis cerita'. Ia perlu dikemas kini jika berlaku perubahan besar dalam hidup, contohnya:

  • Kahwin, bercerai, kematian ahli keluarga
  • Beli rumah, buka syarikat, tambah aset
  • Dapat anak, lantik penjaga baharu
  • Tukar penerima atau wasi

Untuk perubahan besar, disarankan buat wasiat baharu dan nyatakan ia "membatalkan versi sebelum ini".

Untuk perubahan kecil seperti tukar wasi sahaja, boleh gunakan dokumen ringkas dipanggil "codicil", tapi ia tetap perlu ditandatangani dan disaksikan semula.

Penting: Musnahkan salinan lama supaya tiada kekeliruan nanti.

Tulis sendiri boleh, tapi jika ada masa lebih baik rujuk pada pakar

Gambar sekadar hiasan.

Image via Hibah Harta

Jika harta pusaka anda ringkas, seperti rumah dan simpanan, menulis wasiat sendiri mungkin mencukupi. Tapi kalau harta anda melibatkan:

  • Aset luar negara
  • Bisnes dan syarikat
  • Waris yang rumit atau berisiko dipertikaikan
  • Penamaan amanah atau kawalan pewarisan

Maka, lebih selamat untuk rujuk peguam atau perancang harta berlesen.

Mereka boleh bantu anda dari segi:

  • Kurangkan risiko pertikaian antara waris
  • Rancang strategi pembahagian harta dengan teliti
  • Tubuhkan trust, tambah dokumen perubatan, atau wujudkan pelan pusaka jangka panjang

Wasiat bukan soal mati, tapi soal persediaan

Wasiat ialah salah satu dokumen terpenting yang anda boleh sediakan dalam hidup. Ia bukan untuk anda, tapi untuk permudahkan orang yang anda tinggalkan nanti.

Tak perlu tunggu waktu genting baru nak fikir. Lebih awal anda mula, lebih tenang fikiran semua orang.

Benda ini mungkin nampak remeh sekarang, tapi akan jadi perkara paling berguna untuk keluarga kita nanti.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: