Dulu Ambil Upah Potong Rumput, Sekarang Jadi Owner Syarikat Sendiri

Biarpun pernah dipandang sinis, dia tidak mengendahkannya kerana usahanya kini berbaloi mendatangkan hasil yang baik.

Cover ImageCover image via sinarplus & Dimadiun

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang lelaki kini berjaya menubuhkan syarikat perkhidmatan pemotongan rumput sendiri walaupun empat tahun lalu dia hanya mengambil upah sebagai pemotong rumput

Menerusi laporan Harian Metro, Mohamad Nur Syaaban Md Desa, 26, memaklumkan walaupun dipandang sinis kerana kerjaya sebagai pemotong rumput dianggap tiada masa depan, dia tidak pedulikannya dan terus berusaha sehingga meraih pendapatan mencecah lima angka.

Mohamad Nur Syaaban yang menetap di Kampung Manjoi, Ipoh berkata pada mulanya dia mencari rezeki dalam kerja pemprosesan ayam di sebuah kilang selepas tamat persekolahan.

"Hampir tujuh bulan juga saya bekerja di kilang itu dan terbabit dalam kerja sembelih, buang bulu dan memotong, cuma tak tahan sebab kena 'hadap' darah ayam setiap hari.

"Kebetulan saya dapat tahu ada kerja kosong sebagai pemotong rumput lalu mencubanya walaupun tiada pengalaman pun.

"Pada mulanya saya bekerja di syarikat perkhidmatan pemotongan rumput dengan upah RM60 sehari sebelum bergerak sendiri kerana nampak peluang dapat pendapatan lebih. Memang berbaloi kerana saya boleh dapat upah sehingga RM150 sehari," katanya.

SAYS.com
Image via Harian MetroImage via

Akui kerjayanya itu bukanlah sesuatu yang mudah seperti disangka ramai

Tambahnya, Mohamad Nur Syaaban mengakui kerja dilakukanya bukan mudah kerana dia sering terdedah dengan cuaca yang tidak menentu dan risiko berdepan haiwan berbisa.

"Ada hari kerja di bawah panas terik, ada ketikanya hujan tapi itulah yang saya kena hadap demi nak mencari rezeki.

"Itu belum lagi terjumpa haiwan berbisa. Saya pernah terpotong kepala ular tanpa sengaja kerana tak nampak selain ada juga (ular) pernah lalu celah kelangkang selain menebang pokok yang ada lebah.

"Tapi mujur tiada benda buruk berlaku. Mulanya buat untuk cari duit dan tak nampak bertahan lama, tapi lama-kelamaan baru tahu boleh pergi jauh kerana permintaan tak pernah putus, cuma saingan adalah warga asing," katanya.

Kini memilki syarikat sendiri terdiri daripada tujuh pekerja

Anak bongsu daripada tujuh beradik itu memaklumkan operasi syarikatnya berjalan dengan lancar setelah menerima bantuan tujuh pekerja yang terdiri daripada empat rakan dan tiga warga asing.

"Tak sangka sebenarnya dapat sampai ke tahap ini kerana saya bukan belajar tinggi.

"Syukur juga kerana dapat bantu keluarga dan beli rumah hasil simpanan sejak jadi pemotong rumput sampai sekarang.

"Saya akan terus berusaha kerana kalau boleh, nak majukan lagi syarikat diusahakan dan buktikan saya juga boleh berjaya," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: