Panggil Masuk Bilik Ajak Pelajar Borak Pasal Seks, Bekas Pensyarah UiTM Sekali Lagi Didakwa
Difahamkan, bekas pensyarah itu berusia 52 tahun.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bekas pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang pernah didakwa atas kes gangguan seksual pada tahun 2024, kini sekali lagi berdepan tuduhan serangan seksual melibatkan seorang pelajar di sebuah kolej swasta di Nilai, Negeri Sembilan
Menurut laporan FMT, lelaki berusia 52 tahun itu didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban pada 21 Mei lalu di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan, kerana berniat mencabul kehormatan seorang pelajar perempuan berusia 21 tahun.
Difahamkan, mangsa hadir ke biliknya atas urusan pembelajaran pada 23 April 2025, namun pensyarah tersebut dikatakan mula berbicara tentang seks dan menyuruh mangsa menaip satu perkataan di komputer riba untuk mencari 'imej berkaitan'.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Harian MetroImage viaMangsa trauma & terus hubungi rakan untuk minta bantuan
Mangsa yang ketakutan segera menghantar mesej kepada rakan untuk meminta tolong, sebelum membuat laporan kepada pihak pengurusan kolej dan turut buat laporan polis.
Kes terbabit disahkan oleh Pegawai Penyiasat IPD Nilai, Hamimi Ramli, yang menyatakan tertuduh mengaku tidak bersalah dan dibenarkan ikat jamin sebanyak RM3,000. Buat masa ini, pihak polis masih menunggu arahan selanjutnya daripada pihak mahkamah.
"Orang kena tuduh (OKT) mengaku tidak bersalah dan dibenarkan ikat jamin RM3,000. Sekarang dalam proses serahan dokumen dan lantikan peguam bagi tertuduh," katanya.
Terdahulu pada Mac 2024, bekas pensyarah itu pernah didakwa di Mahkamah Sesyen Tangkak atas kes lain yang membabitkan gangguan seksual terhadap pelajar UiTM sendiri
Dalam kes tersebut, dia dikatakan menyuruh pelajar perempuan menjawab soalan kaji selidik 'melampau' menerusi panggilan telefon.
Susulan pendedahan itu, UiTM menamatkan perkhidmatan pensyarah tersebut selepas laporan dibuat dua tahun lalu.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via