Ronaldo Hantar Jersi Siap Dengan Mesej Khas Buat Donald Trump

Jersi itu ditandatangani bersama satu mesej ditujukan kepada pemimpin berkenaan.

Cover ImageCover image via @TouchlineX (X) & Biography

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.


Bintang bola sepak antarabangsa, Cristiano Ronaldo, dilihat menggunakan pengaruh globalnya untuk menyampaikan mesej kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald J. Trump

Difahamkan, Ronaldo meminta agar Trump memainkan peranan yang lebih seimbang dalam usaha mengekalkan keamanan dunia.

Dalam satu hantaran yang kini tular, bekas penyerang Manchester United itu dilaporkan menghadiahkan sehelai jersi Portugal yang telah ditandatangani, lengkap dengan mesej khas yang ditujukan kepada pemimpin Amerika tersebut.

SAYS.com
Image via @TouchlineX (X)

Mesej tersebut didakwa susulan ketegangan rejim Zionis Israel dan Iran

Menerusi hantaran dikongsikan oleh akaun @TouchlineX di platform X, jersi tersebut turut memperlihatkan nama Ronaldo tertera di belakang jersi bersama pesanan yang ditujukan khas buat Trump.

"Presiden Trump, bermainlah demi untuk perdamaian", pesanan yang ditulis Cristiano Ronaldo di atas jersi Portugal miliknya, sebagai satu seruan simbolik kepada bekas Presiden Amerika Syarikat.

SAYS.com
Image via @TouchlineX (X)

Difahamkan, tindakan Ronaldo itu muncul di tengah-tengah ketegangan geopolitik yang semakin memuncak di Asia Barat, khususnya konflik berpanjangan antara rejim Zionis Israel dan Iran yang menyaksikan siri serangan balas sejak beberapa minggu lalu.

Sejak berpindah ke kelab Al-Nassr dalam Liga Pro Saudi, Ronaldo semakin mendapat tempat dalam hati masyarakat Arab, malah beliau dilihat konsisten menyatakan solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin dalam pelbagai platform.

Malah, mesej terbaru beliau kepada Trump disifatkan sebagai usaha simbolik dalam menyuarakan harapan agar Amerika Syarikat yang sering dikritik kerana sokongannya terhadap Israel agar memainkan peranan lebih saksama terhadap negara-negara Islam dan usaha perdamaian antarabangsa. 

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: