Perang 12 Hari Tamat, Iran Isytihar Henti Serangan Terhadap Israel
Menurut beliau, penamatan 'perang 12 hari' itu dicetuskan oleh provokasi dan tindakan berbahaya Israel.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, mengumumkan bahawa konflik bersenjata selama 12 hari dengan Israel kini telah berakhir
Perkara itu diumumkan menerusi satu kenyataan rasmi yang disiarkan oleh agensi berita negara, IRNA, pada hari Selasa.
"Hari ini, selepas penentangan heroik negara besar kita, yang keazamannya mencipta sejarah, kita menyaksikan penubuhan gencatan senjata dan berakhirnya perang 12 hari ini yang dikenakan oleh 'adventurism' dan provokasi" Israel," katanya.

Presiden Iran, Masoud Pezeshkian.
Image via Utusan MalaysiaMenurut laporan Berita Harian, beliau turut menegaskan bahawa kejayaan Iran menangkis ancaman serantau adalah hasil daripada keteguhan dan perpaduan rakyatnya.
Dalam masa yang sama, beliau menyatakan bahawa Iran akan terus komited terhadap keamanan, meskipun berdepan tindakan agresif rejim Zionis serta pelanggaran janji oleh kuasa-kuasa asing.
"Segala kejayaan kami datang daripada tekad rakyat Iran. Mereka adalah benteng utama negara ini dalam mempertahankan maruah dan kedaulatan," kata Pezeshkian.
Sebelum ini, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, pada Isnin mengumumkan satu gencatan senjata sepenuhnya dan menyeluruh antara Israel dan Iran akan berkuat kuasa bagi menamatkan konflik antara kedua-dua negara
Beliau turut mencadangkan agar kedua-dua pihak diberi sedikit masa untuk menyelesaikan misi yang sedang dijalankan sebelum gencatan senjata dimulakan secara berperingkat.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via