Ramai Lelaki Malaysia Pilih Kahwin Gadis Kemboja – "Akhlak Mereka Pikat Hati"
Daripada Thailand kini beralih ke Kemboja pula.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jika suatu ketika dulu sempadan Thailand menjadi lokasi 'panas' pilihan lelaki Malaysia untuk bernikah secara senyap-senyap, kini arah cinta itu dilihat mula berubah
Kini, semakin ramai yang menumpukan hati dan langkah ke Kemboja pula. Fenomena ini bukan lagi luar biasa, tetapi dilihat semakin ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Apabila lebih ramai lelaki tempatan memilih gadis Kemboja sebagai pasangan hidup, sama ada melalui urusan peribadi, cadangan keluarga atau diperkenalkan oleh kenalan.
Menerusi laporan Harian Metro, seorang lelaki Malaysia yang sudah lebih 10 tahun menetap di Kampot, Kemboja bersama dua anak hasil perkahwinan dengan wanita tempatan mengakui, hatinya terus terpaut bukan kerana rupa paras namun kerana akhlak wanita Kemboja yang begitu menenangkan.

Gambar janaan AI.
Image via Harian MetroAkhlak mereka memikat hati
Menurutnya, kebanyakan wanita Muslim di kampung seperti di Phnom Penh dan Kampot hidup dalam serba kekurangan, namun masih mengekalkan sopan santun, taat pada agama, dan sangat menghormati suami.
"Mereka tidak minta banyak… cukup makan, cukup pakai, sudah memadai. Tak perlu barang mewah, tak perlu permintaan keterlaluan.
"Itu yang buat saya rasa 'ringan' untuk memikul tanggungjawab sebagai suami," katanya.
Katanya, antara punca hubungan ini terjalin ialah kerana rakyat Malaysia sering turun padang ke kawasan pedalaman di Kemboja, menyampaikan bantuan dari segi makanan, pendidikan dan kebajikan.

Gambar janaan AI.
Image via Harian MetroDari situ, timbul rasa hormat dan penghargaan yang akhirnya membawa kepada hubungan yang lebih rapat, termasuk ke jenjang perkahwinan.
"Bila kita datang hulur bantuan, mereka rasa terhutang budi. Ada keluarga yang ajak datang makan, lama-lama jadi rapat…kemudian datang pula 'cadangan' untuk jadi sebahagian keluarga," katanya.
Menurut Firdaus, ramai lelaki Malaysia yang akhirnya tewas dengan 'cadangan lembut' itu, apatah lagi bila hubungan dengan keluarga angkat makin erat dan diterima seperti ahli keluarga sendiri.
"Orang cakap kahwin sebab simpati. Tapi lepas lama tinggal di sini, kita jatuh sayang. Kita nampak kejujuran mereka. Mereka miskin, tapi hati mereka bersih," katanya.
Firdaus turut mengakui bahawa perkahwinan lintas sempadan bukanlah sesuatu yang mudah, terutamanya dari segi urusan pendaftaran dan penerimaan masyarakat sekeliling.
Namun begitu, katanya, jika dilakukan dengan niat yang ikhlas dan penuh rasa tanggungjawab, hubungan seperti ini tetap mampu membina rumah tangga yang bahagia dan berkekalan sampai bila-bila.
Tak kira dari mana asalnya, yang penting niat, keikhlasan dan komitmen untuk bina kehidupan bersama.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via