[VIDEO] 5 Kereta Remuk Lepas Diseret Berjemaah Sebab Parkir Sembarangan Di LRT Glenmarie
Allahu, habis rosak kereta…
Cover image via @aawinn10 (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Akibat parkir sembarangan, beberapa buah kereta habis rosak
Difahamkan, lima buah kenderaan yang diparkir berhampiran stesen LRT Glenmarie, Shah Alam, dilaporkan terlibat dalam satu insiden dipercayai langgar lari.
Menurut beberapa perkongsian orang awam, kejadian itu berlaku apabila kenderaan-kenderaan berkenaan diletakkan di kawasan tidak sepatutnya.

Rosak kereta kerana parkir di kawasan larangan
Menerusi video perkongsian di TikTok, kelihatan kawasan tersebut bukanlah kawasan parkir yang sepatutnya malah juga menyukarkan laluan kenderaan lain dan berisiko mengundang kemalangan.
Punca sebenar belum dikenal pasti tetapi melalui dakwaan pemilik video berkenaan, kenderaan-kenderaan tersebut terkesan akibat diseret.
"Balik kerja harini nampak banyak kereta kene seret dah la tak tinggalkan sebarang nota yang tertulis perkataan maaf sekalipun.
"Sakit mat tengok damage kereta walaupon bukan kereta sendiri yang kena tak dapat bayang kalau kereta sendiri yang kene seret, moga yg terkesan bertabah dan dipermudah segala urusan," tulis kapsyen di video.
Lihat video di bawah:
Pedih tengok kesan pada kereta tu.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


