Kerajaan Umum Diskaun Tol 50% Selama 2 Hari Untuk Rakyat Malaysia Balik Kampung
Difahamkan, pelaksanaan diskaun tol itu melibatkan peruntukan pampasan sebanyak RM21.03 juta yang akan dibayar kepada syarikat konsesi lebuh raya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kerajaan MADANI mengumumkan diskaun tol sebanyak 50 peratus di semua lebuh raya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini bagi membantu rakyat mengurangkan kos perjalanan pulang ke kampung

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim
Image via ReutersImage viaMenurut laporan Sinar Harian, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Jemaah Menteri sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan membantu rakyat menghadapi peningkatan kos sara hidup, khususnya menjelang musim perayaan.
Menurut beliau, pelaksanaan diskaun tol itu melibatkan peruntukan pampasan sebanyak RM21.03 juta yang akan dibayar kepada syarikat konsesi lebuh raya.
"Kerajaan berharap inisiatif ini dapat meringankan beban rakyat yang ingin pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga tersayang," katanya.
Diskaun tol berkenaan akan bermula jam 12.01 tengah malam pada 18 Mac 2026 (Rabu) dan berakhir 11.59 malam pada 19 Mac 2026 (Khamis)

Namun begitu, diskaun itu hanya melibatkan kenderaan persendirian Kelas 1 dan terpakai di semua lebuh raya di seluruh negara.
Dua plaza tol bagaimanapun dikecualikan daripada inisiatif ini, iaitu di Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang di Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia–Singapura (LINKEDUA).
Langkah ini dijangka memberi manfaat kepada jutaan pengguna lebuh raya yang akan memulakan perjalanan pulang ke kampung sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 