Cuaca Pada Hari Raya Diramalkan Baik, Hanya Beberapa Negeri Dijangka Hujan – MetMalaysia

Hati-hati yang memandu balik ke kampung tu, semoga selamat sampai.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Libur & SYOK
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Cuaca pada Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada Jumaat dan Sabtu ini diramalkan dalam keadaan baik di kebanyakan negeri di Malaysia

Menurut laporan Kosmo!, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan hanya beberapa kawasan dijangka mengalami hujan pada waktu tertentu sepanjang tempoh tersebut.

Bagi 20 Mac (Jumaat), hujan dijangka berlaku pada waktu pagi di Perak serta di Sabah (Bahagian Tawau), manakala negeri-negeri lain diramal mengalami cuaca baik.

Namun pada sebelah petang, ribut petir dan hujan diramalkan melanda beberapa kawasan termasuk Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Johor.

Amaran sama turut melibatkan beberapa kawasan di Sabah iaitu Bahagian Pantai Barat, Pedalaman dan Tawau serta Sarawak melibatkan Bahagian Kapit, Miri dan Limbang.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Libur

Pada waktu malam pula, hujan di beberapa tempat dijangka berlaku di Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan

Selain itu, cuaca hujan turut dijangka melibatkan kawasan Sabah (Bahagian Pedalaman dan Tawau) serta Sarawak (Bahagian Kapit, Miri dan Limbang).

Sementara itu bagi 21 Mac (Sabtu), hanya Perak diramalkan mengalami hujan pada waktu pagi.

Namun pada sebelah petang, ribut petir dan hujan dijangka berlaku di Selangor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Putrajaya, selain beberapa kawasan di Sarawak melibatkan Bahagian Kuching, Serian, Samarahan dan Sri Aman.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via SYOKImage via

Pada waktu malam pula, hujan di beberapa tempat dijangka berlaku di Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Kuala Lumpur serta Sabah (Bahagian Tawau).

MetMalaysia turut memaklumkan pada 22 Mac, ribut petir dan hujan dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sabah melibatkan Bahagian Pantai Barat dan Sandakan, selain Sarawak di Bahagian Kuching, Serian, Samarahan dan Sri Aman.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: