Syed Saddiq Sah Dibebaskan Dari Seleweng Dana & ‘Cuci Duit’ Armada Berjumlah RM1 Juta
Parti Malaysian United Democartic Alliance (MUDA) turut sambut keputusan berkenaan dengan rasa syukur dan lega.
Cover image via Utusan & MUDAFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan hari ini daripada empat pertuduhan bersubahat pecah amanah (CBT), salah guna harta serta pengubahan wang haram dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada)
Menerusi laporan Bernama, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin membenarkan rayuan Syed Saddiq untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM1O juta yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Nov 2023.
"Kami mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan pertuduhan bersubahat terhadap perayu (Syed Saddiq).
"Kami juga mendapati tiada keterangan dan fakta kukuh yang menyokong pertuduhan di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan berkaitan salah guna harta.
"Selain itu, pertuduhan berhubung pengubahan wang haram di bawah Akta AMLA juga tidak dapat dipertahankan," kata hakim.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, bersama keluarganya di Mahkamah Rayuan Putrajaya.
Image via NSTP / Mohd Fadzil HamzahParti Malaysian United Democartic Alliance (MUDA) turut sambut keputusan berkenaan dengan rasa syukur dan lega
Menerusi sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh MUDA, parti politik itu memaklumkan rasa syukur dan lega yang tak terhingga selepas pengasas bersama MUDA itu dibebaskan sepenuhnya.
"Keputusan ini bukan sekadar pembebasan seorang individu. la adalah lambang menangnya kebenaran, keadilan dan keberanian yang tetap berdiri teguh meskipun dihimpit tekanan politik, serangan peribadi. dan pendakwaan yang dipersoalkan oleh rakyat sejak lebih lima tahun yang lalu.
"YB Syed Saddiq telah memilih jalan yang paling sukar, menolak segala bentuk tawaran dan enggan tunduk kepada rundingan demi kepentingan peribadi, dan sebaliknya berdiri teguh berlandaskan prinsip.
"Beliau memilih untuk bertarung secara terbuka di dalam mahkamah, meletakkan kepercayaan kepada sistem keadilan negara. Keputusan hari ini adalah satu pengiktirafan terhadap keteguhan hati, keberanian luar biasa, dan kejujuran beliau.
"Episod ini telah membuka mata kita semua tentang realiti sistem yang kita hadapi. la juga telah menyatukan suara anak muda, aktivis, profesional dan rakyat biasa, semua bersatu dalam satu impian untuk Malaysia yang lebih baik yang ditadbir dengan integriti dan keberanian moral," tulis kenyataan itu.
Syed Saddiq didakwa bersubahat bersama bekas Penolong Bendahari Armada Rafiq Hakim Razali, yang diamanahkan dengan dana Armada berjumlah RM1 juta, untuk melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana berkenaan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



