Pantai Senok Di Bachok Bersepah Dengan Sampah, Mat Saleh Sampai Tegur & Tolong Kutip
Aiseh, malu macam ni.
Cover image via @ivanhikestheworld (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang pelancong Mat Saleh mengutip sampah dibiarkan merata-rata di Pantai Senok, Bachok, Kelantan
Menerusi video yang telah dimuat naik di laman TikTok pelancong itu, @ivanhikestheworld turut memberi teguran terhadap orang awam supaya mengubah sikap untuk tidak membiarkan sampah merata-rata.
"Kita ada masalah kat sini, ia bukannya susah pun, ya memang kotor, memang hampeh, saya pun tak nak kutip, tapi siapa nak kutip kalau saya tak buat?
"Saya ada kat sini, jadi kita perlu jalankan tanggungjawab dan mungkin orang ramai yang tengok video ni akan rasa bersalah dan malu dan berfikir selepas ini mungkin mereka pula yang akan bantu buang sampah di tempat yang sepatutnya," katanya.
Image via TikTok
Majlis Perbandaran sudah sediakan tong sampah di kawasan tersebut
Menerusi video tersebut, pelancong berkenaan turut menunjukkan kawasan tarikan pelancongan itu turut menyediakan tong sampah yang besar.
"Kerajaan, majlis perbandaran dah sediakan pun tong sampah. Apa lagi alasan? kita kena didik diri kita lebih baik dan kalau kita nampak orang buat perangai macam ni, kita kena tegur dan tunjuk ada tong sampah kat sini.
"Saya ni pelancong je, saya di sini dan ini bukan negara saya tapi ia adalah planet saya dan saya ambil kisah tentangnya dan juga anda," katanya.
Lihat video tersebut di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik

