Negara Dari Asia Tenggara Ini Tersenarai Sebagai Destinasi Paling Bahaya Untuk Dikunjungi

Hati-hati kalau nak ke sana!

Cover ImageCover image via MSNews & philstar

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebuah negara dari Asia Tenggara telah diletakkan di tempat pertama dalam senarai 10 negara paling bahaya untuk dilawati

Negara yang dimaksudkan itu ialah Filipina yang telah disenaraikan sebagai negara paling bahaya untuk dikunjungi berdasarkan survey global yang dijalankan oleh sebuah laman web perbandingan kewangan, HelloSafe yang bertapak di United Kingdom.

Menerusi laporan VnExpress, laman web tersebut telah mengumpul indeks keselamatan pelancongan berdasarkan 35 kriteria berbeza.

Kriteria-kriteria itu kemudian dirangkumkan kepada lima kategori utama iaitu kekerapan bencana alam, keganasan dalam masyarakat, penglibatan dalam konflik bersenjata (dalaman atau luaran), infrastruktur kesihatan dan tahap ketenteraan.

Negara-negara telah dinilai berdasarkan skala dari 0 hingga 100, di mana 0 mewakili tahap keselamatan tertinggi manakala 100 menunjukkan tahap bahaya tertinggi.

Filipina mencatatkan skor 82.31 mata, diikuti oleh Colombia (79.21), Mexico (78.42), India (77.86) dan Rusia (75.65).

Gambar sekadar hiasan.

Image via World Nomads

Terdapat pelancong yang terbunuh dalam kejadian jenayah di Filipina

Negara Asia Tenggara itu telah mencatat beberapa kes pembunuhan melibatkan pelancong pada tahun ini. Dua warganegara Korea Selatan telah ditembak mati oleh perompak pada bulan Mac dan April.

Seorang lagi telah diculik oleh sekumpulan lelaki bersenjata bulan lalu, namun berjaya diselamatkan oleh pihak polis Filipina, yang turut menahan dua penculik warga China.

Dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini, Filipina menerima kunjungan seramai 1.93 juta pelawat, iaitu penurunan sebanyak 0.83% berbanding tahun sebelumnya, menurut data daripada Jabatan Pelancongan.

Pada tahun lalu, negara itu mencatatkan 5.4 juta kedatangan pelancong asing.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: