PDRM Laporkan Kes-Kes Pembunuhan Kejam Di Malaysia Berpunca Daripada Perselisihan Faham
Faktor itu dikenal pasti berdasarkan rekod pada tahun 2023 dan 2024.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Perselisihan faham dan pertengkaran menjadi punca utama kes-kes pembunuhan kejam berlaku
Menerusi laporan Harian Metro, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman memaklumkan siasatan polis terhadap kes bunuh turut merangkumi motif kejadian kerana ia dapat membantu pihaknya untuk mengenal pasti suspek dikehendaki.
"Hasil siasatan dilakukan mendapati antara motif dikenal pasti dalam kes bunuh sepanjang tempoh itu adalah pertengkaran atau perselisihan faham, mabuk atau khayal (dadah dan minuman keras), balas dendam, cuai ketika memburu, cemburu dan dera.
"Pertengkaran atau perselisihan faham adalah motif paling tinggi direkodkan dalam kes bunuh membabitkan 219 kes bunuh.
"Dalam kebanyakan kes, ia berpunca daripada kemarahan dan timbul perasaan tidak puas hati yang menyebabkan pembunuhan berlaku," katanya.
Image via Malay Mail
Masalah rumah tangga turut termasuk dalam faktor yang menyumbang kepada kes pembunuhan
Pada 2023, motif tertinggi bagi kes bunuh adalah pertengkaran atau perselisihan faham membabitkan 115 kes atau 44 peratus diikuti mabuk atau khayal (25 kes) cemburu (18 kes) dan samun atau curi (15 kes).
"Bagi tahun 2024 pula, motif tertinggi kes bunuh adalah pertengkaran atau perselisihan faham membabitkan 104 kes atau 48 peratus diikuti mabuk atau khayal (20 kes), balas dendam (11 kes) dan cuai ketika memburu (7 kes).
"Hasil soal siasat terhadap suspek serta saksi mendapati pengambilan minuman keras berlebihan turut menyebabkan suspek hilang kawalan dan bertindak membunuh mangsa.
"Kebanyakan kes bunuh bermotifkan mabuk atau khayal, majoriti mangsa membabitkan warga asing," katanya.
Masalah rumah tangga juga menunjukkan peningkatan sebagai motif kes bunuh bagi sepanjang tempoh berkenaan.
"Pada 2023 pula, tiada kes bunuh bermotifkan masalah rumah tangga direkodkan. Bagaimanapun, terdapat lima kes bunuh direkodkan bagi tempoh tahun 2024.
"Ini berpunca daripada gangguan orang ketiga dalam perkahwinan; tiada persefahaman yang membawa kepada perceraian; masalah tekanan hidup serta rasa tidak puas hati yang mendorong kepada tindakan luar kawalan.
"Suspek dalam kes ini lazimnya adalah suami atau bekas suami dan anak kepada mangsa kes bunuh," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


Cover image via