Pelancong China Terharu Dibantu Wanita Malaysia, Siap Nak Belanja Balik 10 Orang Tempatan!

Tak rugi kalau kita buat baik dengan orang kan?

Cover Image

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang pelancong dari China meluahkan rasa terharu melihat sikap prihatin rakyat Malaysia yang sanggup membantunya walaupun mereka tidak saling mengenali

Menurut laporan Xiaohongshu, pelancong itu berkongsi momen menyentuh hati sewaktu pertama kali tiba di Johor.

Disebabkan perjalanan yang agak tergesa-gesa, dia tidak sempat menukar wang tunai dan hanya bergantung pada aplikasi pembayaran seperti WeChat, Alipay dan kad Visa.

Namun begitu, bukan semua tempat makan di Malaysia menerima bayaran secara digital. Kebetulan semasa makan di sebuah restoran, dia hanya mampu termenung memikirkan cara untuk membayar makanan yang sudah dipesan.

"Saya dah geledah dalam beg tapi memang tak ada tunai langsung," tulisnya.

SAYS.com
Image via Xiaohongshu

Ketika itu, seorang wanita berbangsa Cina yang juga rakyat Malaysia tiba-tiba datang menghulurkan bantuan

Tanpa banyak soal, wanita tersebut terus membayar makanan yang dipesan pelancong itu yang berharga RM26.30 untuk satu makanan dan satu minuman.

Walaupun pelancong tersebut cuba menolak, tetapi wanita itu tetap berkeras dan terus menyerahkan duit kepada pemilik kedai.

Malah, ketika diminta nombor telefon atau akaun bank untuk membayar semula, wanita itu hanya tersenyum dan menolak dengan sopan. Sebelum berlalu pergi, dia sempat berkongsi bahawa dia pernah melancong ke Beijing, Shanghai dan Xi'an serta mempunyai kenangan manis di China.

"Saya betul-betul tersentuh, saya nak balas kebaikan ni kepada 10 orang tempatan," katanya lagi.

Sebagai tanda menghargai layanan rakyat Malaysia, pelancong tersebut ingin belanja makan atau kirim wang bernilai RM26.30 kepada mana-mana rakyat Malaysia yang sudi menerima.

Dia juga sempat menitipkan harapan agar hubungan baik antara rakyat China dan Malaysia akan terus berkekalan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via Xiaohongshu

You may be interested in: