"Ada Nama Melayu, Cina & India" – Exco Pelancongan Buktikan Jiwa Malaysia Tak Kira Bangsa
Barulah satu Malaysia!

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Walaupun berketurunan Cina, Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, membuktikan bahawa identiti seorang rakyat Malaysia bukan sekadar pada kaum semata-mata
Bayangkan, beliau bukan saja ada nama Cina dan Inggeris, malah turut dikenali dengan nama Melayu dan India yang diberikan oleh rakan-rakannya dari pelbagai latar belakang.
Menurut laporan Sinar Harian, Nicole membesar dalam kalangan komuniti berbilang kaum dan bergaul rapat dengan rakan Melayu, Cina dan India, serta turut meraikan Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Deepavali bersama-sama.
"Kawan Melayu beri nama Nur Farhana, maksudnya cahaya keceriaan. Kawan India pula beri nama Tamana, watak dari filem Baahubali yang bermaksud harapan," katanya.

Walaupun berdarah Cina, Nicole akui tidak fasih berbahasa Mandarin, memandangkan keluarga besarnya lebih menggunakan bahasa Inggeris dan dialek Kantonis
"Saya merupakan generasi ketiga. Datuk saya datang dari China manakala bapa saya pula dihantar ke sekolah kebangsaan. Saya pun sama.
"Bahasa Mandarin yang saya gunakan sekarang hanyalah bahasa pasar. Keluarga kami menggunakan dialek Kantonis, manakala saya dan bapa berkomunikasi menggunakan bahasa Inggeris," katanya lagi.
Namun begitu, itu tidak menghalangnya untuk menyandang jawatan penting dalam kerajaan negeri. Malah, beliau aktif mempromosikan pelancongan Negeri Sembilan di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Menurut beliau lagi, pengalaman dan latar belakang pelbagai budaya yang dimilikinya adalah satu kelebihan, bukan kekurangan. Beliau turut menyeru rakyat Malaysia supaya lebih meraikan perbezaan dan menjadikan kepelbagaian itu sebagai kekuatan negara.
"Kita patut bangga dengan budaya, agama dan bahasa yang pelbagai. Itu yang jadikan Malaysia unik dan kuat," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


