Lelaki 'Sound' Pemandu Bas Sebab Bawa Laju, Anak Sampai Muntah Atas Baju Sendiri
Kadang-kadang memang kena buat macam itu supaya driver bas alert.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, tular sebuah rakaman video di TikTok memaparkan seorang lelaki mengamuk dengan pemandu bas gara-gara tidak berpuas hati dengan cara pemanduannya yang laju dan berbahaya
Menerusi video yang dimuat naik oleh @lahabdul88, difahamkan bas tersebut bergerak menuju ke Mersing, Johor dari Terminal Bersepadu Selatan, Kuala Lumpur.
Bercakap kepada Seismik, Encik Lah Abdul iaitu pemilik video berkenaan berkata mereka sekeluarga menaiki bas itu seramai 24 orang.
Tindakan pemandu bas berkenaan membawa terlalu laju membuatkan mereka risau sehingga adik iparnya terpaksa menegur pemandu bas itu.

Selepas kena tegur baru nak bawa perlahan
"Kejadian tu pada 16 Jun pukul 4 pagi. Kami family ramai dalam 24 orang, ada tujuh orang penumpang lain. Ada empat orang penumpang dari Singapore. Mereka pun setuju dengan apa yang adik ipar saya buat.
"Sebab anak dia sampai muntah atas baju sendiri. Lepas kena marah baru driver perlahankan kenderaan," katanya.
Lihat video penuh di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


