Angkara Video AI, Warga Emas Rugi RM9,000 Sebab Nak Naik Kereta Kabel Di Pengkalan Hulu
Difahamkan, terdapat perkhidmatan kereta kabel baharu beroperasi tetapi ia hanyalah janaan AI semata-mata.
Cover image via @ybda02 (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Fenomena video kecerdasan buatan (AI) palsu semakin membimbangkan, terutamanya dengan keupayaan teknologi ini menghasilkan visual yang sangat realistik sehingga sukar dibezakan daripada yang asli
Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian di Threads di mana salah seorang wanita yang dipercayai bekerja dalam bidang perhotelan menceritakan bagaimana sepasang warga emas yang sanggup datang untuk ke Pengkalan Hulu, Perak demi menaiki kereta kabel.
Wanita terbabit pada mulanya ingatkan pasangan warga emas itu bergurau namun selepas disemak rupanya mereka telah tertipu dengan video AI yang tular di media sosial yang mendakwa mempunyai tarikan baharu kereta kabel dari Pengkalan Hulu hingga Baling.

Apa yang membuatkan mereka yakin kereta kabel berkenaan wujud adalah kerana ada kehadiran wartawan dan liputan media di dalam video tersebut walhal itu semua hanyalah janaan AI semata-mata.
Difahamkan, video terbabit telah pun dipadam kerana kemungkinan menerima kecaman dan laporan dari para pengguna di TikTok.

Dalam pada itu, ramai berkongsikan masalah yang sama dihadapi oleh ibu-bapa masing-masing
Ekoran tularnya video itu, ada pengguna di TikTok memberitahu ibu bapa mereka mempercayai konten video AI berkenaan dan bercadang untuk melawatnya.
Malah, ada yang mendedahkan yang mereka telah pun menyewa tiga buah van dengan caj berjumlah RM9,000 dan RM3,000 bagi setiap satu semata-mata untuk pergi ke tempat terbabit.

Kes ini menjadi peringatan keras kepada orang ramai, terutamanya warga emas, agar lebih berhati-hati dengan maklumat yang diterima dari media sosial.
Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa menyemak kesahihan maklumat melalui sumber-sumber rasmi sebelum mempercayai atau bertindak berdasarkan kandungan yang tular di media sosial.
Semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada kita semua agar lebih berhati-hati dan bijak dalam menggunakan media sosial!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


