Dr Nooh Gadut Dinobat Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1447H. Tahniah Datuk!

Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah pula diiktiraf sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa.

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bekas Mufti Johor, Datuk Dr Nooh Gadut telah dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan bagi tahun 1447H/2025M hari ini

Anak jati Segamat, Johor berumur 78 tahun ini memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Feqah Syariah Al-Islamiyyah dan Undang-Undang dari Universiti Al-Azhar, Mesir.

Sepanjang kerjaya beliau, Nooh pernah berkhidmat sebagai Mufti Johor ke-11 dari 1999 hingga 2008 dan memainkan peranan penting dalam pentadbiran fatwa serta pendidikan agama di Malaysia.

Beliau juga Penasihat Agama kepada Sultan Johor dan Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia.

Image via JAKIM

Menteri Haji & Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah pula diiktiraf sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa

Beliau yang dilahirkan di Riyadh, Arab Saudi dipilih atas sumbangan cemerlangnya dalam memartabatkan perkhidmatan haji dan umrah di peringkat global.

Sebagai Menteri Haji dan Umrah sejak 2021, beliau telah memperkenalkan pelbagai inisiatif inovatif seperti Laluan Mekah dan platform Nusuk yang memudahkan jemaah dari seluruh dunia, termasuk Malaysia, untuk menunaikan ibadah dengan lebih selesa dan efisien.

Beliau juga memainkan peranan penting dalam pelaksanaan Visi 2030 Arab Saudi, memastikan kelestarian dan kemajuan dalam pengurusan haji dan umrah.

Image via Sultan Ibrahim Sultan Iskandar (Facebook)

Selain itu, beliau memiliki kelulusan akademik yang gemilang termasuk ijazah sarjana muda dalam Pengurusan Kewangan dan Matematik dari Universiti King Saud, dua ijazah sarjana dalam Sains Maklumat dan Sains Komputer serta Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Sains Komputer dari Universiti Pittsburgh.

Beliau juga telah menerbitkan 16 kertas akademik dan menyumbang kepada Pelan Transformasi Nasional Arab Saudi.

Kedua-dua tokoh menerima hadiah wang tunai, sijil dan trofi yang disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada kedua-dua tokoh Maal Hijrah pada tahun ini!

Kami di SAYS Seismik mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharam 1447H.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: