Peniaga Jual Nasi Ayam RM3.50 Tapi Dapat Full Portion – "Biar Betul Kak? Murah Rezeki!"
Nampak sedap nasi ayam dia.
Cover image via @santaikitamy (TikTok)
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Percaya atau tidak, zaman sekarang masih ada peniaga yang jual makanan satu set dengan harga bawah RM5!
Baru-baru ini, tular video perkongsian daripada @santaikitamy memaparkan sebuah kedai makan yang menjual nasi ayam dengan harga hanya RM3.50 sahaja.
Apa yang lebih menariknya, nasi ayam itu dihidang lengkap bersama timun, salad, sup dan sambal kicap. Murah bukan?
Image via @santaikitamy (TikTok)
Bukan saja murah, sedap pula tu!
Kalau anda ingin mencuba nasi ayam RM3.50 itu, cari saja Warung Pakcik Bawang Mee Udang, 17 Jalan Madrasah Taman Melati, Kuala Lumpur.
Sementara itu, antara menu lain yang terdapat di warung tersebut adalah mi udang, lempeng ikan bilis, nasi goreng udang dan macam-macam lagi.
Dengan harga RM3.50, memang lebih dari berbaloi untuk makan tengah hari dan confirm perut pun kenyang.
Image via @santaikitamy (TikTok)
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik

